Categories: Resipi

Resipi Bubur Berlauk Santan, Nampak Biasa Tapi ‘Berhantu’!

Hidangan ini sangat mudah disediakan dan sesuai untuk sarapan yang ringkas tapi menyelerakan. Kalau anda ada masa lebih, bolehlah cuba resipi bubur berlauk ini dan hidangkan kepada keluarga tersayang.

Dalam entri hari ini juga, kami sertakan idea lauk pauk oleh Cik Puan Mizah Ngatiman yang sangat sesuai dipadankan dengan bubur berlauk.

Jom lihat resipi perkongsian di bawah ini.

Baca lagi: Resipi Ayam Goreng Bawang Putih Rangup, Makan Hari-Hari Pun Tak Muak!

RESIPI BUBUR BERLAUK

Bahan-bahan bubur nasi:

  • 2 cawan beras
  • 6 cawan air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 kiub pati ayam
  • ½ sudu kecil garam halus

Langkah-langkah membuat bubur:

1. Masukkan 2 cawan beras dan 6 cawan air ke dalam rice cooker. Biarkan beras masak sehingga kelihatan sedikit pecah dan lembut. Saya tutup plug rice cooker selepas itu dan biarkan semalaman.

2. Pagi seterusnya, saya hidupkan kembali rice cooker dan tambahkan lagi 1 cawan air panas untuk melembutkan lagi bubur. Biarkan seketika sehingga bubur nampak pekat.

3. Kemudian, saya masukkan 1 cawan santan pekat, seketul kiub pati ayam, dan ½ sudu kecil garam halus. Kacau sehingga bubur benar-benar pekat dan berkrim.

4. Apabila bubur sudah nampak pekat dan cukup rasa, bubur nasi ini sudah pun siap untuk dihidangkan. Anda boleh hidangkan bubur dengan lauk-pauk pilihan masing-masing.

Idea pilihan lauk:

1. Kangkung Goreng Belacan Campur Isi Ayam

Tumis kangkung dengan belacan dan tambah sedikit isi ayam sebagai protein. Tumis hingga kangkung layu dan ayam masak sempurna.

2. Kacang Tanah Goreng

Goreng kacang tanah hingga garing, sangat sesuai sebagai penambah rasa dan tekstur rangup untuk bubur nasi.

3. Ikan Bilis Goreng

Goreng ikan bilis sehingga garing. Rasanya yang masin dan garing akan menambah rasa kepada bubur.

4. Kentang Goreng

Goreng kentang yang dipotong dadu untuk lauk tambahan yang lebih menyelerakan.

5. Telur Masin

Hidangan bubur tak lengkap tanpa telur masin. Rasanya yang masin memang padan dengan bubur nasi yang lemak.

6. Sambal Tempe Garing

Sambal tempe yang pedas dan rangup adalah satu lagi lauk pilihan untuk melengkapkan hidangan bubur berlauk ini.

Bubur ni bukan sahaja mudah disediakan, tapi sangat sesuai untuk hari yang malas, di mana anda hanya mahu sesuatu yang lembut dan senang dimakan.

Selamat mencuba!

Sumber: Mizah Ngatiman

Baca lagi: Kedondong Asam Boi Masam Pedas, Bikin Kecur Air Liur!

Aisha Qistina

Recent Posts

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

3 hours ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

5 hours ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

6 hours ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

7 hours ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

9 hours ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

10 hours ago