Categories: Tips & Petua

Tips Simpan Cendawan Agar ‘Fresh’ Seperti Baru Beli, Mudahnya!

PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-09-07 07:37:16

Sebut sahaja tentang sayur cendawan, macam-macam sajian enak yang boleh dihasilkan terlintas dalam fikiran. Cendawan ini biasanya enak jika dbuat cendawan goreng tepung, sup cendawan dan banyak lagi! Namun, para penggemar cendawan ini pastu sudah faham dengan penyimpanannya yang agak rumit. Cendawan tidak dapat disimpan lama di dalam peti sejuk kerana ia akan cepat lembik, kurang segar dan kurang enak apabila dimasak. Jangan risau, ikuti perkongsian daripada Rasa tentang cara mudah untuk memanjangkan tempoh kesegaran cendawan.


Kredit: Medical News Today

ELAK TERKENA AIR


Kredit: Rustic Plate
 

Bagi memastikan cendawan kekal segar dan tdak lembik, perkara yang paling penting adalah dengan mengelak cendawan dari terkena air. Ini kerana air akan menyebabkan cendawan bernafas sekaligus menjadikanya cepat lembik dan busuk. Anda cuma perlu membasuh cendawan apabila hendak memasaknya sahaja. Pastikan anda mengikut langkah penyimpanan yang betul seperti di bawah:

 

Bahan-bahan:

  • Cendawan segar
  • Tisu dapur
  • Kertas surat khabar

 

Cara-caranya:

 

  1. Selepas anda pulang dari membeli cendawan di pasar, keluarkan kesemua cendawan dari bungkusannya. Pastikan ia tidak terkena air.
  2. Kemudian, ambil tisu dan tindankan diatas kertas surat khabar lama.
  3. Letak cendawan tadi di atas lapisan tisu dan surat khabar lama dan bungkus dengan kemas. Selain surat khabar, anda boleh juga menyimpan cendawan di dalam beg kertas atau bekas yang mampu menyerap kelembapan.
  4. Kemudian, simpankan di dalam peti sejuk di bahagian sayur-sayuran.

 

Siap! Anda akan lihat hasilnya selepas seminggu, cendawan masih kelihatan segar dn tidak lembik! Jadi, anda tidak perlu risau lagi untuk memasak cendawan yang enak dan lazat dimakan. Semoga petua ini bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba!


Kredit: Rasa

myresipi

Recent Posts

Tauhu Telur Nestum Butter Dengan Gabungan Rasa Lemak & Pedas, Rangup Di Luar Lembut Di Dalam!

Resepi tauhu telur nestum mentega ini sesuai untuk mereka yang ingin mencuba hidangan tauhu dengan…

2 hours ago

Dr Rizal Kongsi Idea Menu Sarapan Sihat Bawah RM12 Untuk 4 Orang, Siap Ada Avokado!

Sarapan pagi merupakan antara waktu makan yang penting untuk membekalkan tenaga sebelum memulakan aktiviti harian.…

4 hours ago

Boleh Dapat 10 Biji Sekali Adunan, Resipi Portuguese Egg Tart Ini Memang Berbaloi Dicuba!

Teringin nak makan Portuguese Egg Tart yang mempunyai kulit pastri rangup dan inti kastard lembut…

5 hours ago

Tak Perlu Patahkan Keropok Lagi, Ini Cara Goreng Keropok Kering Supaya Kembang Elok Bentuknya!

Pernah tak goreng keropok kering, tetapi bila hendak masukkan ke dalam bekas, semuanya tak muat?…

5 hours ago

Cara Buat Apam Red Velvet Coklat, Sekali Gigit Dapat Dua Rasa Dengan Tekstur Gebu!

Kalau selalu buat apam kukus dengan satu warna, kali ini boleh cuba kelainan dengan resipi…

5 hours ago

Resipi Ayam Masak Merah Tanpa Tambah Air, Guna Teknik Ini Jadikan Kuah Pekat Menyaluti Setiap Ketul Ayam

Ayam masak merah boleh menjadi pilihan hidangan tengah hari apabila anda inginkan lauk yang menyelerakan…

6 hours ago