Categories: Resepi

Resipi Lempeng Legend Paling Mudah, Hanya Guna 3 Bahan Sahaja!

PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-09-08 02:56:27

Kebiasaannya lempeng menjadi kegemaran makanan orang dulu-dulu di waktu petang. Makanan ini bukan sahaja sedap malah memang mudah disediakan. Hanya dengan memakannya begitu saja sudah cukup menaikkan selera kita. Apa kata petang ini korang cuba lempeng legend yang dikongsikan oleh Mas Cotek ini. Nampak macam sedap je!


Kredit: Mas Cotek

 

Bahan-bahan:

 

  • 3 cawan tepung
  • 3 cawan air
  • Garam secukup rasa

 

Cara-caranya:

  1. Masukkan tepung, air dan garam yang telah disediakan ke dalam mangkuk yang besar. lalu adunkan sehingga semua bahan rata dan sebati. Cara lain yang anda boleh gunakan adalah dengan memasukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga sebati.
  2. Setelah siap diadun atau dikisar, panaskan kuali dan oles sedikit minyak masak.
  3. Kemudian, tuangkan 1 ke 2 senduk adunan lempeng. Ratakan padan permukaan kuali tersebut.
  4. Balik-balikkan adunan lempeng sehingga ia masak dan bertukar warna keperangan.
  5. Angkat dan sedia untuk dinikmati mengikut cita rasa masing-masing.

 


Kredit: Mas Cotek


Kredit: Mas Cotek
 

Siap! Selamat mencuba!

myresipi

Recent Posts

Tauhu Telur Nestum Butter Dengan Gabungan Rasa Lemak & Pedas, Rangup Di Luar Lembut Di Dalam!

Resepi tauhu telur nestum mentega ini sesuai untuk mereka yang ingin mencuba hidangan tauhu dengan…

2 hours ago

Dr Rizal Kongsi Idea Menu Sarapan Sihat Bawah RM12 Untuk 4 Orang, Siap Ada Avokado!

Sarapan pagi merupakan antara waktu makan yang penting untuk membekalkan tenaga sebelum memulakan aktiviti harian.…

4 hours ago

Boleh Dapat 10 Biji Sekali Adunan, Resipi Portuguese Egg Tart Ini Memang Berbaloi Dicuba!

Teringin nak makan Portuguese Egg Tart yang mempunyai kulit pastri rangup dan inti kastard lembut…

5 hours ago

Tak Perlu Patahkan Keropok Lagi, Ini Cara Goreng Keropok Kering Supaya Kembang Elok Bentuknya!

Pernah tak goreng keropok kering, tetapi bila hendak masukkan ke dalam bekas, semuanya tak muat?…

5 hours ago

Cara Buat Apam Red Velvet Coklat, Sekali Gigit Dapat Dua Rasa Dengan Tekstur Gebu!

Kalau selalu buat apam kukus dengan satu warna, kali ini boleh cuba kelainan dengan resipi…

5 hours ago

Resipi Ayam Masak Merah Tanpa Tambah Air, Guna Teknik Ini Jadikan Kuah Pekat Menyaluti Setiap Ketul Ayam

Ayam masak merah boleh menjadi pilihan hidangan tengah hari apabila anda inginkan lauk yang menyelerakan…

5 hours ago