Sebelum membeli tembikai, ada 4 tips pilih tembikai yang anda perlu tahu. Jika ikut tips ini, tembikai akan manis elok.
Harga tembikai ini ada kalanya murah dan jika mahal, mungkin ia di luar musim. Jika beli pada harga mahal, anda perlu pilih yang betul-betul manis, barulah berbaloi!
Pasti ada yang pernah terkena apabila tembikai yang dibeli tidak merah dan isinya tawar. Bila tengok kulit macam dah elok, tapi bila dibelah rasanya tidak enak.
Jadi, mari kita ikuti tip dikongsikan Aisyah Wahab ini untuk memilih tembikai yang manis dengan hanya melihat luaran tembikai sahaja.
Baca juga: 7 Tips Pilih Cempedak Yang Manis & Isi Meriah, Baru Tak ‘Frust’ Beli Mahal-Mahal
1. Pilih jalur yang cantik
Pertama sekali, anda perlu melihat jalur pada kulit tembikai. Pastikan memilih jalur yang kemas, tidak serabut dan sedap mata memandang. Ia menandakan buah tembikai itu manis.
Ini contoh tembikai yang mempunyai jalur yang cantik.
Ini pula contoh jalur yang tidak cantik. Biasanya jalur seperti ini kurang manis.
2. Pilih tapak yang kecil
Cara seterusnya untuk memilih tembikai yang manis adalah dengan melihat pada bahagian tapak. Jika tapaknya kecil, itu menandakan buah tembikai manis.
Jika tapak pada bahagian bawah itu besar, ianya kurang manis.
3. Pilih bentuk yang bulat
Cara yang ketiga pula, pilih tembikai yang berbentuk bulat. Ia menandakan buah itu manis.
Jika berbentuk lonjong, tembikai agak berair (juicy).
4. Pilih tangkai yang kerinting
Cara yang terakhir untuk memilih tembikai yang manis adalah dengan melihat pada tangkainya. Pilih tangkai buang tembikai yang curly (kerinting).
Jika tangkai lurus, itu menandakan tembikai tidak manis.
Jadi, sekarang anda semua dah tahu cara memilih tembikai yang manis kan? Oleh itu, mari kita sama-sama praktikkan 4 tips ini semasa membeli buah tembikai ya.
Sumber: Aishah Wahab
Baca juga: Batuk Teruk Lepas Makan Limau Mandarin? Pakar Ini Kongsi Cara Elak & Tips Pilih Limau
Kali ini, kami bawakan resipi swiss roll strawberi yang dijamin menjadi, menggunakan bahan-bahan asas yang…
Dah tak ada idea nak masak apa dengan lauk ayam? Apa kata jom cuba resepi…
Orang tua-tua selalu kata, jika tumis sambal, kena pecah minyak. Tapi, tak ramai yang faham…
Resipi lempeng ubi kayu sangat jarang ditemui, kebiasaannya hanya dijumpai di negeri Kelantan. Bagi penggemar…
Resipi pasta ayam goreng pedas ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi rasa pedas dan…
Selain kek dan puding, ramai yang suka buat agar-agar sebagai pencuci mulut di rumah. Tak…