Nak tahu tips pilih ketam berisi?
Ketam merupakan salah satu makanan laut yang menjadi kegemaran ramai. Pelbagai masakan enak boleh dibuat menggunakan ketam. Tapi paling spoil mood bila isi ketam sedikit, beli punyalah mahal. Memang tak puas makan la jawabnya.
Ada tips untuk pilih ketam sebelum membeli yang ramai tak tahu. Barulah puas bila makan bila isi penuh. Seorang pengguna Facebook, Dr Rizal Abu Bakar ada berkongsikan tips untuk memilih ketam yang mempunyai isi penuh dan banyak telur. Ikuti perkongsiannya di bawah.
Cara Pilih Ketam Yang Berisi
Nak masak lemak cili padi. Atau masak lemak nanas mestilah kena guna ketam gemuk berisi. Kalau ada telur lagi padu. Jangan cengkerang je sado, isi dalam lohong.
Ketam ni sumber protein tanpa lemak. Kaya vitamin B12 untuk sel darah merah dan sel saraf. Sumber fosforus untuk tulang kuat.
Macam mana tips pilih ketam berisi?
1. Pilih ketam betina berat. Ketam betina ni bulat. Sepit pendek.
2. Elak beli yang ringan. Bila tekan macam berlohong.
3. Ketam betina punyai segi tiga besar pada bawah perut.
4. Ketam jantan ada segi tiga kecil dan runcing.
Petua Pilih Ketam Segar
Ini juga petua untuk tahu sama ada ketam ni fresh atau tak.
Tengok warna cengkerang. Kalau ketam bunga, pastikan warna kebiruan. Segi tiga bawah perut ketam mesti melekap. Bukan terkopek.
Ketam pula kena cukup sifat. Tak angkat lagi sepit dah tercabut. Itu tandanya ketam lama. Bau pun kenalah bau air laut. Bukan hanyir semacam.
Okay dah beli ketam, boleh lah masak lemak cili api!
Sumber: Dr Rizal Abu Bakar