Categories: Tips & Petua

Tips Pilih Butter Yang Sesuai Untuk ‘Membaking’, Bukan Tengok Harga Mahal Atau Murah

Buat mereka yang baru belajar ‘membaking’, benda yang kita kena belajar adalah perkara paling asas iaitu bahan-bahannya. Salah satu perkara asas itu adalah perlu tahu tips pilih butter atau mentega yang ada jenisnya yang tersendiri.

Menerusi perkongsian oleh Amirul Kalif Syde ini, sememangya dapat membantu anda yang baru berjinak-jinak dalam belajar membuat kek dan kuih muih.

Beliau ada menerangkan jenis-jenis mentega yang kita harus faham supaya kek yang dihasilkan menjadi elok dan sedap. Berikut merupakan perkongsiannya yang dipetik dari laman sosial Twitter.

Jangan gembira sangat kalau tengok harga murah

Untuk yang masih belum tahu atau yang baru berjinak jinak dalam dunia baking/pastry, janganlah korang happy dulu bila tengok benda ni murah, sebab ini mungkin bukan apa yang korang perlukan.

Apabila ada resipi menggunakan butter, ini bukan pilihan yang terbaik. Kita ada banyak jenis butter seperti normal butter (salted/unsalted) / clarified butter (ghee) dan lain-lain.

Dan korang kena tahu, yang dua butter dekat atas ni bukanlah PURE BUTTER atau pun memang bukan butter langsung, tapi lebih kepada margerin.

Yang ni adalah bahan-bahan dalam BUTTERCUP ‘butter’ tu. Bahan utama dia adalah palm oil yang menunjukkan bahawa ini bukan mentega tetapi marjerin.

Butter ‘sebenar’ diperbuat daripada lemak tenusu

Sebuah butter hanyalah butter apabila ianya diperbuat daripada lemak tenusu, pada kadar sekurangnya 80% tenusu. Bawah daripada itu, ia adalah marjerin atau pun campuran butter-marjerin.

Ada yang kata, buttercup tu sedap je rasa dia memang macam butter. Yes, fragrance, aroma, tekstur memang macam butter. Cuma kalau baking, kita akan dapat lihat & rasa perbezaan yang ketara pada kek kita tu.

Butter sebenar lagi mahal

Maka sebab itulah kenapa harga buttercup/farmcow dan sekutu dengannya ni boleh didapati dengan harga yang sangat murah dalam Rm 3.50 – Rm 5 dan butter macam tatura, anchor, emborg rm 9.00 malah ada yang cecah belasan ringgit per 250 gram.

Tinggi kualiti butter, tinggi jugak lah kualiti pastry

Jadi jangan lah hairan kenapa orang sanggup beli butter yang ‘mahal’ tu dari beli butter yang murah kerana mereka itu tahu apa yang anda mungkin tidak tahu.

Ingat, dalam pastry ni salah satu strength utama adalah butter. Tinggi kualiti butter, tinggi jugak lah kualiti pastry.

Lepasni kalau ada yang claim cakap “cake ni memang sedap, kita pakai butter mahal, buttercup tau”, korang bolehlah perlahan lahan beredar dari situ atau kalau korang kejam, ambil kek tu dan tempek pada muka beliau di atas baseless claimed tersebut.

Tapi janganlah terus benci atau boikot buttercup/farm cow dll ni pula

Buttercup/farm cow boleh je guna ikut kesesuaian. Contohnya sesetengah kuih raya seperti tart nenas/semprit takde masalah pun nak guna buttercup sebab kurang rasa tenusu.

Jangan lepasni makan roti sapu anchor dahlah.

Ni ada references sikit untuk korang supaya mudah ingat atau bantu untuk bezakan.

Tips pilih butter & cara bezakan butter dan marjerin

  1. Tengok harga
  2. Tengok bahan kandungan (ingredients)

Jangan main tembak je beli.

Contoh non-Pure Butter

  • Buttercup
  • FarmCows
  • TwinCows

Contoh Pure Butter

  • Anchor Tatura
  • SCS
  • Emborg
  • Golden Churn
  • Western Star
  • Philadelphia
  • Kerrygold

Semua ni selalunya ada dekat baking store malaysia & supermarket malaysia. Benda macam butter, whip cream, cream cheese ni kalau boleh beli lah dekat baking store je sebab harga yang jauh lebih mura. Supermarket tu pilihan terakhir lah kalau dah takde sangat.

Kredit: Amirul Kalif Syde

Nasiha

Recent Posts

Resipi Nasi Goreng Tomyam Semudah ABC, Masak Sendiri Lagi Sedap Dari Kedai!

Sebut sahaja resepi nasi goreng tomyam tentunya anda membayangkan kelazatan nasi putih yang digoreng bersama…

9 hours ago

5 Jenis Santan Kotak Dan Kegunaannya, Kena Tahu Mana Yang Sesuai Untuk Masak Lebih Sedap

Paling dilema apabila beli santan kotak di kedai. Bukan apa, takut salah beli saja. Sebenarnya,…

10 hours ago

Cara Buat Cheesekut Guna Blender, Tak Banyak Bahan Tapi Penuh Berkrim!

Banyak resipi pencuci mulut yang mudah dibuat tanpa perlu bakar atau kukus. Kali ini, kami…

11 hours ago

Resipi Kek Batik Magnum Yang Unik, Bila Gigit Terasa Salutan Coklat Rangup!

Kek batik merupakan pencuci mulut yang sentiasa jadi pilihan ramai kerana ia mudah dibuat dan…

11 hours ago

Kulat Sisir Masak Lemak, Lauk Idaman Buat Yang Suka Makan Pedas!

Kulat sisir masak lemak merupakan hidangan klasik yang tidak pernah mengecewakan dan kali ini kita…

11 hours ago

Telur Puyuh Masam Manis, Menu Simple Tapi Suami Minta Tiap Hari!

Telur puyuh masam manis adalah hidangan ringkas yang mampu memikat selera dengan rasa manis, masam…

11 hours ago