Siapa pernah rasa ‘sakit hati’ bila buah yang nampak menggiurkan di kedai, rupa-rupanya tawar dan lebam bila dibawa balik ke rumah. Jom kita semak tips pilih buah yang sangat berguna ini supaya selepas ini anda tidak lagi tertipu dengan rupa luaran.
Rupa-rupanya, setiap buah ada ‘bahasa rahsia’ tersendiri untuk beritahu kita yang ianya sudah masak ranum. Ada buah yang kita kena tengok pada jalur kulitnya, ada yang perlu dihidu baunya dan ada juga yang perlu kita picit sedikit untuk rasa keanjalannya.
Jadi, simpan siap-siap panduan lengkap untuk 24 jenis buah ini sebagai rujukan sebelum anda ke pasar raya atau pasar tani. Selepas ini, anda pun boleh jadi pakar buah dan tidak perlu lagi pening kepala memilih.
Baca juga: Cara Hilangkan Pahit Pucuk Mengkudu, Petua Tradisional Yang Ramai Tak Tahu
1. Epal: Pilih yang mempunyai garisan jalur yang banyak. Bahagian “pusat” bawah epal pula mestilah dalam. Elakkan yang permukaannya terlalu licin kerana biasanya ia lebih masam.
2. Oren: Cari warna kulit yang gelap untuk vitamin dan kemanisan yang tinggi. Pilih oren yang mempunyai “navel” (pusat) yang besar.
3. Pisang: Pilih yang melengkung dan warnanya kuning sekata. Jangan ambil yang terlalu lurus kerana itu tandanya ia belum cukup matang.
4. Tembikai: Lihat corak jalur yang jelas dan sekata. Tangkai yang berpusing/kerinting menandakan ia sangat manis. Elakkan yang mempunyai “pusat” bawah yang besar atau kulit terlalu tebal.
5. Mangga: Pilih yang bentuknya panjang, nipis dan isinya terasa kenyal (bila ditekan lembut). Jangan beli jika tangkainya nampak tenggelam atau hitam.
6. Manggis: Pilih yang berwarna ungu terang dan tangkainya masih hijau. Tekan kulitnya; jika lembut dan anjal, maknanya ia segar.
7. Honeydew: Cari yang mempunyai jaring (netting) yang rapat dan kasar. Lagi kecil “pusatnya”, lagi manis isinya.
8. Muskmelon: Pilih yang ada bau harum, warna kekuningan dan pusatnya terbuka luas.
9. Naga (Dragon Fruit): Pilih yang berbentuk bulat pendek dan daun pada kulitnya masih hijau segar. Kalau daun dah kuning, maknanya dah lama.
10. Durian: Cuba picit durinya. Jika duri boleh dirapat/lentur dengan jari, maksudnya ia dah masak ranum. Pilih yang bulat, bukan yang lonjong.
11. Nangka: Pilih yang mengeluarkan bau harum yang kuat dan kulit yang terasa sedikit lembut/kenyal bila ditekan.
12. Strawberi: Pilih yang daunnya hijau segar dan sedikit melentur ke atas. Strawberi yang bahagian bawahnya nampak “gemuk” biasanya lebih sedap.
13. Anggur: Cari yang ada lapisan “debunga” putih (frost) pada permukaannya. Tangkai mestilah segar dan keras.
14. Blueberry: Pilih yang permukaannya nampak berlilin putih. Jika ditekan ia terasa pejal/rangup, itu tandanya ia manis dan segar.
15. Cherry: Pilih warna yang seragam dengan tangkai hijau. Elakkan yang kulitnya sudah berkedut.
16. Cempedak: Cari yang berbau sangat wangi, warna kuning pucat dan kulitnya terasa lembut/elastik.
17. Longkong/Langsat: Pilih yang kulitnya sedikit lembut tapi tidak pecah. Warna kulit mestilah kuning pucat atau coklat muda.
18. Rambutan: Pilih yang berwarna merah gelap dengan rambut yang lembut tapi tegak. Elakkan yang ada bintik hitam.
19. Delima (Pomegranate): Pilih buah yang “bunga” di bahagian bawahnya sudah terbuka. Itu tandanya ia sudah cukup masak dan jusnya banyak.
20. Sawo (Sapodilla): Pilih yang berwarna kuning keemasan dan sedikit kenyal bila disentuh. Elakkan yang nampak keputihan atau kebiruan.
21. Avokado: Pilih yang permukaannya kasar (bumpy) dan sedikit kenyal bila ditekan. Jangan pilih yang terlalu licin.
22. Kiwi: Pilih yang tangkainya kecil dan sedikit tenggelam. Kiwi yang keras biasanya lebih segar, manakala yang terlalu lembek sudah terlebih masak.
23. Kelapa: Pilih yang bentuknya bulat dan terasa berat (banyak air). Jangan ambil kalau bila digoncang bunyinya terlalu kuat (air dah kurang).
24. Lemon: Cari yang kulitnya licin dan tidak berlubang. Elakkan lemon yang kedua-dua hujungnya nampak terlalu tajam/meruncing.
Sumber: Foodiver
Baca juga: Cara Halau Bari-Bari Dari Hinggap Buah & Sayur, Seekor Pun Takut Nak Datang!
Pasti ramai yang belum pernah cuba pengat cempedak kan? Gabungan isi cempedak yang masak ranum…
Kuih Tok Aji Serban atau lebih dikenali sebagai pulut sekaya merupakan antara kuih tradisional Melayu…
Setiap kali Isnin hingga Jumaat, menghadap laptop sampai mata rasa juling, otak terus auto-play lagu…
Ayam kengsom merupakan antara hidangan berkuah masam pedas yang cukup terkenal kerana rasanya yang segar…
Pernahkah anda berdepan situasi seperti ini? Selepas penat menyediakan hidangan istimewa untuk keluarga, proses membersihkan…
Kalau anda sedang mencari cara buat makaroni goreng yang mudah tetapi rasanya memang padu, resipi…