Petua simpan bunga kantan sangat penting untuk anda yang kerap memasak masakan Melayu seperti asam pedas, laksa dan kerabu. Walaupun aromanya wangi dan menyedapkan masakan, bunga kantan sebenarnya mudah layu dan rosak jika tidak disimpan dengan cara yang betul.
Ramai tak sedar, bunga kantan yang tak habis digunakan selalunya berakhir di tong sampah. Sedangkan dengan satu teknik mudah, ia boleh disimpan berbulan-bulan dan digunakan bila-bila masa tanpa menjejaskan rasa.
Bunga kantan bukan bahan murah dan bukan sentiasa ada dalam kuantiti kecil. Sebab itu, penting untuk tahu cara simpan yang betul supaya tak berlaku pembaziran.
Baca juga: Cara Mudah Basuh Sotong Supaya Tak Hanyir, Guna Satu Bahan Dapur Saja!
Bahan-bahan yang diperlukan:
Cara-cara penyediaan:
1. Basuh bunga kantan hingga bersih dan toskan sehingga betul-betul kering.
2. Buang lapisan luar yang keras atau rosak jika ada.
3. Potong bunga kantan mengikut kegunaan:
4. Masukkan ke dalam ziplock bag mengikut portion sekali masak.
5. Keluarkan udara dan tutup rapat.
6. Simpan dalam bahagian freezer.
Dengan petua simpan bunga kantan ini, kerja dapur jadi lebih teratur dan mudah.
Cara guna bunga kantan dari freezer:
Tak perlu tunggu lama untuk nyahbeku:
Tekstur mungkin sedikit lembut, tetapi aroma dan rasa tetap sedap.
Tips penting supaya bunga kantan tak cepat rosak:
Langkah kecil ini bantu bunga kantan kekal elok lebih lama.
Kesimpulannya, petua simpan bunga kantan secara frozen sangat membantu menjimatkan masa, mengelakkan pembaziran dan memastikan bahan dapur sentiasa tersedia.
Bila nak masak, hanya keluarkan dari freezer dan terus guna, cepat, ringkas dan hasil masakan tetap memuaskan.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Badariah Ayu Ayuariff
Baca juga: Rahsia Simpan Epal Supaya Tak Cepat Lebam & Tahan Lama, Cara Mudah Tanpa Guna Lemon
Mini cheese tart sesuai dijadikan hidangan untuk pelbagai majlis seperti jamuan sekolah, sambutan hari jadi…
Ikan keli memang sedap dimasak sambal, berlada atau digoreng garing. Namun, sebelum boleh menikmati hidangan…
Kalau suka makan agar-agar yang lembut, cantik dan mempunyai lapisan warna berbeza, boleh cuba resepi…
Resepi nasi briyani ayam mungkin nampak agak rumit untuk disediakan kerana mempunyai beberapa lapisan dan…
Cara buat kentang wedges menggunakan air fryer sesuai dicuba bagi mereka yang ingin menyediakan snek…
Pernah cuba rebus ikan terlebih dahulu sebelum menggorengnya? Rupanya, ada cara tersendiri untuk menyediakan ikan…