
Kalau anda peminat durian, pasti suka resipi kuih lapis durian ini. Teksturnya lembut dan aroma yang wangi pasti membuatkan setiap gigitan terasa cukup memuaskan.
Warna kuning yang menarik dan lapisan yang cantik menjadikannya bukan sahaja sedap dimakan, tetapi juga cantik dipandang. Sesuai untuk jamuan keluarga atau sebagai sajian istimewa untuk tetamu.
Baca juga: Resipi Kuih Lapis Pelangi Guna Acuan Puteri Ayu, Lembut & Comel Sangat Hasilnya!
RESEPI KUIH LAPIS DURIAN

Bahan bhagian putih:
- 1 cawan + 2 sudu besar tepung beras cap teratai (140 g)
- 2 sudu besar tepung jagung (15 g)
- 1 ¾ cawan santan sederhana pekat (450 ml)
- 1 cawan air (250 ml)
- ½ sudu kecil garam
Bahan bahagian kuning (durian):
- 2 cawan santan sederhana pekat (500 ml)
- ½ cawan gula (125 g)
- 1 cawan isi durian (250 g)
- ½ cawan tepung gandum (65 g)
- ½ cawan tepung kastard (65 g)
- 1 sudu besar tepung beras (15 g)
- 2 biji telur gred B
- ½ sudu teh garam halus (5 g)
- Pewarna kuning (secukupnya)
Cara-cara memasak:
- Bahagian putih: Campurkan tepung beras, tepung jagung, santan, air dan garam. Kacau sehingga sebati dan pastikan tiada ketulan. Ketepikan.
- Bahagian durian/kuning: Kisar atau pukul isi durian bersama gula sehingga sebati. Masukkan tepung gandum, tepung kastard, tepung beras, telur, santan, garam dan pewarna kuning. Gaul sehingga adunan halus dan sebati.
- Panaskan kukusan dan sapu sedikit minyak pada loyang untuk mengelakkan lapisan melekat. Tuang lapisan putih dahulu dan kukus selama 5–7 minit hingga hampir masak.
- Tuang lapisan durian di atas lapisan putih dan kukus lagi selama 20–25 minit sehingga masak sepenuhnya. Ulang bergantian jika mahu lebih lapisan.
- Sejukkan seketika sebelum dipotong dan dihidangkan. Lapis durian ini paling sedap dimakan sejuk atau pada suhu bilik.
Sumber: Nur Amna
Baca juga: Resepi Agar-Agar Santan Lapis Pelangi, Cantik Berkilau Bak Cermin Kejadiannya
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














