PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-07-24 04:32:11
Bagi mereka yang menyukai makanan pedas, sambal tumis ini pasti menjadi kegemaran untuk dimakan bersama lauk yang lain. Untuk menjadikan sambal tumis tu sedap dan tahan lama, korang cuma perlu gunakan beberapa bahan dan cara memasak yang betul je! Jom kita ikuti petua yang dikongsikan oleh Che' Nom ni.
1. CILI KERING
Rasa sambal akan jadi lebih padu kalau kita gunakan cili kering berbanding cili boh. Pemilihan cili kering ni sangat penting sebab ianya mempengaruhi warna dan rasa sambal tumis. Cili kering yang licin dan berkilat adalah lebih pedas daripada cili kering yang berkedut dan kerinting. Haa yang ini terpulang mengikut citarasa masing-masing sama ada nak buat tahap kepedasan sambal tu macam mana.
2. BAWANG
Bawang besar, bawang merah dan bawang putih ni digunakan sebagai bahan utama untuk dikisar bersama cili kering. Bahan menumis pula cuma perlukan bawang besar je.
3. BELACAN
Belacan ni penting untuk digunakan sebagai bahan penyedap tambahan di dalam sambal tumis.
4. AIR ASAM JAWA
Sambal tumis ni tak akan complete kalau kita tak masukkan elemen masam di dalam sambalnya. Kalau tak ada asam jawa, jangan risau! Ganti je dengan asam keping, yang penting kena ada rasa masam-masamnya tu.
Haa mudah kan? Boleh lah korang cuba nanti!
Kali ini, kami bawakan resipi swiss roll strawberi yang dijamin menjadi, menggunakan bahan-bahan asas yang…
Dah tak ada idea nak masak apa dengan lauk ayam? Apa kata jom cuba resepi…
Orang tua-tua selalu kata, jika tumis sambal, kena pecah minyak. Tapi, tak ramai yang faham…
Resipi lempeng ubi kayu sangat jarang ditemui, kebiasaannya hanya dijumpai di negeri Kelantan. Bagi penggemar…
Resipi pasta ayam goreng pedas ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi rasa pedas dan…
Selain kek dan puding, ramai yang suka buat agar-agar sebagai pencuci mulut di rumah. Tak…