Categories: KesihatanTips & Petua

Tips Membina Tabiat Pemakanan Sihat

PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2019-08-28 09:07:44

Bak kata orang putih, "you are what you eat", merupakan satu peringatan kepada semua orang bahawa apa-apa yang kita makan mempunyai impak yang direct kepada rupa, hidup dan produktiviti kita. Jadi, ia merupakan satu perkara yang sangat penting untk menjaga pemakanan kita. Namun begitu, berapa ramai je orang yang betul-betul ambil kisah pasal pemakanan? 

Sebenarnya nak faham pasal nutrisi ni satu benda yang agak kompleks. Jadi mari kita lihat aspek-aspek paling basic dulu. 

1. Rancang Pemakanan Dulu

Picture Credit: medicalnewstoday.com

Cuba luangkan sebahagian daripada hujung minggu tu untuk merancang pemakanan kita untuk masa seminggu. Dengan cara ini, korang tak perlu merosakkan diet dengan makan maggi pada lewat malam. Boleh juga luangkan masa lebih dekat rumah untuk masak makanan yang lebih sihat daripada makan luar. Perubahan rutin ini dapat menjimatkan duit.

2. Kerap Puasa

Picture Credit: bimbinganislam.com

Puasa bukanlah sesuatu yang hanya patut dilakukan waktu wajib sahaja. Faedah-faedah berpuasa ini menyebabkan ianya satu perkara yang boleh dilakukan pada bila-bila waktu. Cuba lah berpuasa dua kali seminggu seperti hari Isnin dan Khamis. Kalau itu pun susah pun tak apa. Boleh cuba puasa tiga kali sebulan (13hb, 14hb, dan 15hb) dalam kalendar bulan Islam. 

3. Mulakan Hari Dengan Sarapan Berkhasiat

Picture Credit: eggs.ca

Ramai sangat yang menafikan bahawa sarapan penting untuk mulakan hari kita. Sarapan merupakan pemangkin kepada kepada tubuh badan dan minda kita. Kita perlu bersarapan dengan makanan yang dapat menguatkan otot kita seperti telur dadar. Otak kita pula perlukan karbohidrat seperti oat, muffin atau roti.

4. Buat Diari Pemakanan

Picture Credit: shinesheets.com

Gunakan handphone korang untuk merekod semua jenis makanan yang korang makan. Tulis ataupun install je apps yang boleh tolong rekod jumlah kalori yang diambil. Korang pasti terkejut atau kagum dengan jumlah makanan yang korang ambil setiap hari. Dengan adanya rekod, sekurang-kurangnya korang aware dengan apa yang diambil ke dalam perut.

5. Selalu Bawa Snek Sihat

Picture Credit: nutritiouslife.com

Kita mesti perlukan snek untuk pastikan tenaga dan semangat kekal konsisten tapi kurangkanlah makan snek masin dan manis macam kentang atau gula-gula. Cuba simpan snek macam buah atau kacang dalam beg kerja. Snek-snek macam ni dapat pastikan kita kekal fokus dan bertenaga sepanjang hari.

Tak susah nak bina tabiat makanan yang sihat. Also, tak perlu pun belanja banyak-banyak. Biarkan pemakanan simple, tapi berkhasiat. Badan kita perlukan makanan yang berkhasiat. Bukan nak kata tak boleh langsung makan "junkfood", tapi kalau nak achieve tabiat pemakanan sihat, mesti kena kurangkan. Semoga berjaya dengan tips-tips ni!

myresipi

Recent Posts

Resipi Swiss Roll Strawberi, Guna Tip Ini Semasa Gulung Kek Supaya Tak Mudah Pecah

Kali ini, kami bawakan resipi swiss roll strawberi yang dijamin menjadi, menggunakan bahan-bahan asas yang…

5 hours ago

Resipi Ayam Sambal Butter Thai, Rasa Pedas Manja Memang Menggoda Selera!

Dah tak ada idea nak masak apa dengan lauk ayam? Apa kata jom cuba resepi…

5 hours ago

Maksud Pecah Minyak Dalam Masakan, Nak Tumis Nanti Pakai Tips Ini

Orang tua-tua selalu kata, jika tumis sambal, kena pecah minyak. Tapi, tak ramai yang faham…

5 hours ago

Resipi Lempeng Ubi Kayu Ini Jarang Dibuat Orang, Sekali Cuba Pasti Terpikat!

Resipi lempeng ubi kayu sangat jarang ditemui, kebiasaannya hanya dijumpai di negeri Kelantan. Bagi penggemar…

5 hours ago

Pasta Ayam Goreng Pedas, Guna Pasta Jenis Ini Lagi Sedap & Cepat Masak!

Resipi pasta ayam goreng pedas ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi rasa pedas dan…

6 hours ago

Agar-Agar Gula Merah, Penyejuk Tekak Yang Paling Mudah Dibuat Di Rumah

Selain kek dan puding, ramai yang suka buat agar-agar sebagai pencuci mulut di rumah. Tak…

8 hours ago