Categories: Tips & Petua

Tips Masak Sagu Dengan Sukatan Air Yang Betul, Baru Lah Biji Sagu Jernih & Tidak Hancur

Sejak PKP ini sagu sudah menjadi pencuci mulut yang popular dikalangan masyarakat kita. Pelbagai pencuci mulut yang kita boleh buat seperti kuih sagu merah, sagu gula Melaka, sagu mangga dan banyak lagi.

Tetapi ramai juga yang kecewa apabila sagu yang dimasak tidak sempurna, tidak menjadi sebutir-sebutir kerana ia melekat di antara satu sama lain dan ada juga yang menjadi seperti bubur. Jadi, jom cuba tips masak sagu ini supaya sagu masak dengan cantik.

1. Tidak perlu basuh sagu

Sekiranya anda mahu masak sagu, pastikan anda sudah menyukatnya terlebih dahulu dan pastikan anda tidak membasuh sagu tersebut kerana ia akan mengganggu tekstur sagu.

2. Didihkan air

Didihkan air sehingga ia menggelegak, pastikan air itu betul-betul panas. Sekiranya air itu hanya panas biasa, elak masukkan sagu. Anda juga boleh masukkan pewarna kesukaan anda sama ada hijau atau pun merah.

3. Tuangkan sagu secara berperingkat

Tuangkan sagu perlahan-lahan secara berperingkat sebanyak 2 atau 3 kali dan tunggu seketika kemudian baru boleh tuang sekali lagi. Masak selama 15 minit. Kacau sekali sekala je. Matikan api dan tutup periuk.

4. Tutup api dan biarkan seketika

Selepas api sudah ditutup, biarkan sagu di dalam periuk dalam 30-40 minit untuk biarkan ia masak dengan sempurna. Selepas itu, kacau sagu tersebut. Sekiranya sagu itu tidak mempunyai bintik putih anda boleh tapis dan cuci dengan air supaya kanjinya hilang. Siap dan selamat mencuba!

Sumber: Aisyah Az Zahra

 

Wan N

Recent Posts

Resipi Makaroni Buttermilk Pedas Berkrim Versi ‘Confirm’ Tak Muak, Wangi Bau Daun Kari!

Resepi buttermilk pasta ini sesuai untuk penggemar hidangan pasta yang gemarkan tekstur berkrim tetapi pedas…

2 days ago

Jangan Terus Masukkan Jagung Dalam Air, Ini Cara Rebus Supaya Isinya Tak Kecut & Kekal Gebu!

Jagung rebus memang antara makanan yang sedap dinikmati begitu sahaja, lebih-lebih lagi apabila isinya masih…

2 days ago

Nama Harumanis Perlis Jadi ‘Modal’, Rupanya Mangga Indonesia Yang Dijual! Jangan Tersalah Beli…

Nama Harumanis Perlis memang cukup terkenal dengan aroma harum, rasa manis dan keenakan isinya. Namun,…

2 days ago

Resipi Donat Lembut Tanpa Telur, Rahsia Doh Gebu Walaupun Tak Perlu Uli Lama!

Nak buat donat sendiri di rumah tetapi tidak mahu bersusah payah menguli doh terlalu lama?…

2 days ago

Resipi Loaded Potato Homemade, Siap Dengan Ayam Popcorn Dan Sos Cheese Meleleh!

Kalau anak-anak minta bawa sesuatu yang istimewa untuk jamuan sekolah, bolehlah cuba resepi loaded potato…

2 days ago

Ayam BBQ Crunchy Menu Popular Untuk Potluck Anak, Sekali Bawa Ke Sekolah Memang Licin!

Buntu nak sediakan menu potluck untuk anak-anak? Apa kata cuba ayam BBQ crunchy, hidangan ayam…

2 days ago