Jom baca tips goreng mihun di bawah. Nampak macam mudah nak buat mihun goreng kan? Tapi sebenarnya ramai yang gagal setiap kali goreng mihun ni.
Ada yang mihunnya jadi keras, ada juga yang mihun jadi terlalu lembut sampai hancur. Tak nikmat nak makan dibuatnya.
Kalau nak tahu cara goreng mihun supaya tak jadi hancur dan lembut elok, lihat perkongsian oleh Norizbaked Shah Alam di bawah.
1. Rendam mihun guna air paip pada waktu malam jika nak menggoreng pada pagi keesokannya. Kalau nak goreng petang, rendam waktu pagi.
2. Rendam mihun dengan air sejuk lama tidak akan melembikkan mihun, mihun tak lembik dalam air sejuk.
Penting: Kisar guna chopper supaya tak berair.
1. Tumis bahan-bahan kisar sehingga garing.
2. Kemudian masukkan sos cili dan air. Biarkan sehingga betul-betul mendidih.
3. Bila dah mendidih, letakkan garam dan gula secukup rasa.
4. Kemudian baru letakkan mihun. Gaul sehingga rata.
5. Agak-agak kalau mihun jenis keras, letak air panas lebih untuk lembutkan mihun dan guna api paling perlahan supaya bawah tidak berkerak. Kacau sampai sekata.
6. Kalau guna 4 bungkus mihun, 1 jam baru masak elok dan sebati.
7. Bila mihun dah lembut, baru masukkan sayur sawi. Taugeh memang tak letak sebab cepat basi. Boleh tahan sampai ke malam sebab masak lama.
Kredit: Norizbaked Shah Alam
Wantan goreng antara kudapan yang ramai suka kerana kulitnya yang rangup dengan inti ayam yang…
Cara masak sup ayam menggunakan periuk claypot sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan berkuah…
Bau bawang yang melekat pada tangan selepas memasak memang boleh mengganggu, lebih-lebih lagi apabila baunya…
Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…
Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…
Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…