
Kalau anda selalu rasa leceh setiap kali nak memasak sebab kena siang, potong dan blend bahan dari awal, sebenarnya ada cara lebih mudah. Dengan beberapa tips dapur yang betul, kerja memasak boleh jadi jauh lebih cepat, kemas dan teratur.
Perkongsian teknik penyimpanan bahan ini sangat membantu untuk sesiapa yang nak buat meal prep di rumah dan jimat masa setiap hari.
Baca juga: 5 Tips Simpan Bunga Kantan Supaya Tahan Lebih Lama, Segar & Tak Cepat Rosak
TIPS DAPUR SIMPAN BAHAN MASAK SUPAYA TAHAN LAMA

1. Tips Dapur Simpan Cili Supaya Tak Cepat Rosak
Cili antara bahan wajib dalam masakan harian, tapi mudah sangat rosak kalau tak simpan betul.
Cara betul:
- Buang tangkai cili terlebih dahulu
- Jangan basuh sebelum simpan
- Lap kering guna tisu
- Simpan dalam bekas berjaring
Basuh hanya bila nak guna supaya cili kekal segar lebih lama.
2. Tips Dapur Blend Bawang, Halia & Cili Sekali Gus
Untuk jimat masa memasak, anda boleh siapkan bahan tumisan siap-siap.
Cara buat:
- Blend bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi bersama sedikit minyak
- Simpan dalam bekas kecil atau ice cube tray
- Bekukan dalam freezer
Bila nak masak, cuma ambil satu kiub dan terus tumis. Mudah sangat!
3. Bawang Putih: Simpan Kasar Untuk Rasa Lebih Sedap
Satu lagi tips dapur yang ramai guna:
- Blend bawang putih secara kasar
- Masukkan dalam acuan kiub
- Bekukan
Rasa lebih ‘fresh’ bila digunakan dalam masakan berbanding bawang siap kisar lama.

4. Daun Kari & Daun Bawang – Simpan Cara Betul
Herba ini mudah layu kalau salah simpan.
Daun kari:
- Buang tangkai
- Terus simpan dalam freezer
Daun bawang:
- Potong kecil
- Gaul dengan sedikit minyak
- Bekukan
Kekal segar, warna cantik dan aroma pun tak hilang.
5. Limau Kasturi – Siap Perah & Bekukan
Ini antara tips dapur paling praktikal:
- Perah jus limau kasturi
- Simpan dalam ice cube tray
- Bekukan
Senang guna bila nak tambah rasa masam dalam masakan, ambil satu kiub sahaja.
6. Lobak Merah – Potong Siap-Siap Untuk Mudah Masak
Sediakan siap dalam pelbagai bentuk:
- Dadu
- Memanjang
- Bulat
Asingkan dalam bekas berbeza supaya mudah ambil ikut keperluan masakan.
Kalau dibuat sekali seminggu sebagai meal prep, rutin memasak akan jadi jauh lebih mudah dan efisien.
Semoga bermanfaat!
Sumber: sitizulaikha.mz
Baca juga: Rahsia Rebus Jagung Tanpa Kulit Tapi Kekal Manis & Rangup, Rupanya Ini Caranya!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














