petua simpan cili

Hampir semua masakan perlukan rasa pedas seperti sambal, tumis-tumis dan masakan berkuah. Oleh itu, anda perlu tahu petua simpan cili supaya kekal segar dan tahan lama.

Masalah yang sering berlaku di dapur ialah cili cepat rosak atau berkulat walaupun disimpan dalam peti sejuk. Baru beli 2 hingga 3 hari, cili sudah nampak lembik dan busuk.

Sebenarnya, ada satu petua simpan cili yang sangat mudah dan berkesan dikongsikan oleh pengguna Lemon8 iaitu adrisri dengan menggunakan botol saja. Jom kita tengok caranya!

Baca juga: Tangan Pijar Selepas Potong Cili & Bau Hanyir Melekat, Cuba Petua 2 Bahan Ini, Confirm Hilang Sekelip Mata!

PETUA SIMPAN CILI DALAM BOTOL

petua simpan cili

Kredit gambar: Facebook Has Linda

1. Basuh cili terlebih dahulu.

Selepas beli dari pasar atau kedai, basuh cili bersih-bersih untuk buang kotoran dan sisa racun serangga. Jika boleh, guna air mengalir. Tak perlu buang tangkainya, biarkan saja seperti asal.

2. Toskan sampai betul-betul kering.

Pastikan cili kering sepenuhnya sebelum disimpan. Anda boleh biarkan seketika atas tisu dapur atau kain bersih supaya air betul-betul kering. Jangan simpan cili yang masih basah sebab air boleh menyebabkan cili cepat lembik dan busuk.

3. Masukkan cili ke dalam botol.

Gunakan botol air mineral kosong yang bersih dan kering. Masukkan cili satu demi satu ke dalam botol. Tak perlu potong atau buang tangkai dan tak perlu masukkan air langsung.

4. Tutup botol rapat-rapat.

Pastikan penutup botol ditutup dengan kemas supaya tiada udara luar yang masuk. Ini bantu melambatkan proses pereputan.

5. Simpan dalam peti sejuk bahagian sayur.

Letakkan botol berisi cili di bahagian bawah peti sejuk iaitu tempat biasa simpan sayur. Suhu bahagian ini sesuai untuk memastikan cili kekal segar lebih lama.

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: Facebook Has Linda, Shopee

Sumber: adrisri

Baca juga: Cara Simpan Daun Sup & Daun Ketumbar Agar Tahan Lama, Kekal Segar Macam Baru Beli!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN