roti paratha homemade

Mudah saja rupanya nak buat roti paratha homemade. Tak perlu beli yang segera punya dah, lagi sedap kalau buat sendiri.

Rasanya yang sedap dan rangup, makan pula cicah dengan kari memang confirm tak cukup 3 keping punyalah!

Hanya menggunakan bahan-bahan yang ringkas dan mudah, jom lihat resipi yang dikongsi oleh Khadijah Jaafar di bawah.

Cara Buat Roti Paratha Homemade

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandun
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil yis
  • 150ml air
  • 4 sudu besar minyak masak
  • Minyak/butter/ minyak sapi untuk goreng
  • Butter untuk sapuan

Cara-cara penyediaannya:

1. Di dalam mangkuk campurkan tepung, garam, gula, yis dan minyak masak. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati dan lembut.

2. Rupa doh yang dah siap uli. Tak perlu uli lama-lama pun.

3. Biarkan doh direhatkan dalam sejam tutupkan dengan kain. Pastikan mangkuk disapukan dengan sedikit minyak supaya doh tidak melekat pada mangkuk.

4. Doh akan naik 2 kali ganda dari saiz asal.

5. Bentukkan doh kecil-kecil. Ikut pada saiz yg masing-masing kehendaki. Akan dapat lebih kurang 9 biji. Rehatkan dalam 10-15 minit.

6. Ambil satu biji dan taburkan sedikit tepung pada papan dan atas doh. Supaya mudah nak golek & tak melekat.

7. Golekkanlah mengikut ketebalan yang disukai.

8. Panaskan kuali dengan minyak/butter/minyak sapi. Mengikut citarasa masing-masing.

Goreng roti paratha lebih kurang 2-3 minit untuk setiap belah ataupun sehingga garing. Pastikan goreng dengan api perlahan.

10. Selepas sudah siap digoreng Cik Tie suka sapukan sedikit butter. Rasanya pun lebih sedap dengan rasa lemak butter.

11. Boleh hidangkan bersama kuah kegemaran. Asyik sungguh cicah dengan kari.  Selamat mencuba!

Kredit: Khadijah Jaafar

Baca juga: Tortilla Wrap Homemade. Guna 3 Bahan Je, Sedap & Jimat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN