Categories: Tips & Petua

Tips Buat Air Pandan Berwarna Cantik, Dah Seminggu Pun Aromanya Tak Hilang

Nak masak guna daun pandan, kadangkala terpaksa ulang-alik untuk mengambilnya di depan rumah. Jangan tak tahu, sebenarnya ada tips buat air pandan untuk dijadikan stok tau.

Semua orang tahu bahawa fungsi daun pandan adalah sebagai penambah perisa dan aroma wangi pada hidangan. Walaupun sekadar disimpul, ia cukup membangkitkan rasa harumnya.

Jika anda sering buat kuih atau kek di rumah, sudah pasti air pandan sering digunakan. Namun, takkanlah harus keluar rumah untuk cari daunnya setiap kali nak masak bukan?

Oleh sebab itu, kami nak ajar anda tentang tips untuk buat stok air pandan yang cantik dan lebih beraroma di rumah. Jom kita tengok!

Baca juga: Cara Simpan Daun Pandan Supaya Kekal Segar, Berbulan Pun Boleh Tahan

TIPS BUAT AIR PANDAN BERWARNA CANTIK DAN BERAROMA

Bahan-bahan:

  • Secekak besar daun pandan (ibarat serimbun banyaknya)
  • 1 jug kecil 500ml air

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, gunting dulu daun pandan lebih kurang saiznya 3 inci supaya mudah dikisar.

2. Setelah habis digunting, basuh dalam air yang bertakung sebab kadangkala tak sedar ada sarang labah-labah, kotor dan sebagainya.

3. Selepas itu, kisar mengikut kemampuan mesin pengisar (saya punya jenis yang manja, tak boleh nak masuk sekali banyak sebab nanti tak bergerak pula mesinnya)

4. Seterusnya, tampis hampas dan ketepikan dulu. Ingat, jangan buang!

5. Setelah habis pusingan pertama untuk daun pandan yang dikisar hancur, ambil semula hampas tadi dan kisar semula dengan menggunakan air pandan yang telah ditapis. Nak buat dua hingga tiga kali pun boleh, lebih cantik warna pandan nanti.

6. Akhir sekali, tapis dan masukkan dalam botol untuk dijadikan stok. Siap untuk digunakan!

Hasil daripada tips ini, anda akan terkejut dengan air pandan yang bukan saja warnanya cantik, malah cukup beraroma. Selain itu, boleh jimat masa dan tenaga.

Gunakan tips ini untuk buat stok air pandan selama seminggu supaya anda boleh gunakannya dalam pelbagai masakan seperti nasi, pulut, kek, puding, bubur, kuih-muih dan sebagainya.

Semoga bermanfaat!

Sumber: UmiGarang

Baca juga: Tips Elak Makanan ‘Creamy’ Jadi Muak, Ada Bahan Perlu Diletak Rupanya!

Aimi

Recent Posts

6 Kedai Teh Estetik Yang Wajib Dicuba, Penggemar Teh Ini Port Lepak Untuk Anda!

Orang kita memang pantang nampak sesuatu yang tengah viral atau apa saja yang trending. Dari…

39 mins ago

Mama Neelofa Kongsi Resipi Kerabu Ikan Bilis Masam Manis, Sedapnya…!

Ibu kepada selebriti terkenal Malaysia, Neelofa, yang lebih mesra dipanggil Mama Tini telah berkongsi satu…

2 hours ago

Resipi Ikan Selayang Rebus Goreng, Bau Yang Memikat Buat Ramai Terliur!

Ikan selayang rebus goreng adalah lauk kampung yang ringkas tetapi sangat enak dan pasti membuka…

2 hours ago

Puding Karamel Tanpa Telur, Resipi Tak Perlu Kukus Tapi Licin Kejadiannya

Banyak resipi pencuci mulut yang mudah dibuat tanpa memerlukan cara kukus atau bakar dan salah…

3 hours ago

Cara Buat Sizzling Yee Mee Mudah Di Rumah Tanpa ‘Hot Plate’, Gerenti Sedap!

Nak makan Sizzling Yee Mee tapi tiada hot plate pula. Jangan risau, anda boleh buat…

4 hours ago

Resepi Daging Bakar Thai, Ada Rahsia Pencicah Yang Sedap Menyengat!

Buat anda yang sedang mencari resepi Daging Bakar Thai yang menyelerakan, kenalah tengok yang kami…

4 hours ago