Categories: Informasi

6 Kedai Teh Estetik Yang Wajib Dicuba, Penggemar Teh Ini Port Lepak Untuk Anda!

Orang kita memang pantang nampak sesuatu yang tengah viral atau apa saja yang trending. Dari segi makanan atau minuman, asalkan nampak menarik sangguplah beratur panjang.  Kalau dulu teh boba pernah jadi kegilaan, kali ini giliran minuman di kedai teh estetik pula menjadi tumpuan

Nampaknya, budaya minum teh di Malaysia semakin popular seperti juga kopi. Jadi, tak peliklah kalau makin banyak kedai teh moden dan estetik tumbuh bak cendawan lepas hujan.

Yang menariknya, kedai-kedai teh sekarang bukan sekadar tempat untuk beli minuman. Malah, ia juga menjadi tempat berkumpul juga membuat kerja dengan santai dan relax.

Baca lagi: Tempat Makan Halal Di Ho Chi Minh, Ini Senarai Port Muslim Wajib Singgah, Terutama No. 6!

6 KEDAI TEH ESTETIK WAJIB CUBA

Tak perlu penulis bebel panjang, jom pilih kedai teh yang mana satu anda nak lepak!

1. CHAGEE

Kredit: Chagee Malaysia

Satu lagi jenama teh premium yang kian popular di kalangan penggemar teh tempatan ialah Chagee, yang menggabungkan konsep teh tradisional Cina dengan elemen moden.

Jenama ini mendapat sambutan hangat, terutama dalam kalangan pencinta teh dan generasi muda yang menghargai estetika serta rasa autentik.

Tambahan lagi, Chagee juga bijak dalam menarik perhatian golongan muda dengan mengadakan kempen ‘Tear and Win‘ iaitu setiap pembelian minuman akan mendapat hadiah misteri yang menarik seperti Ipad, Macbook, Iphone serta pelbagai jenama kosmetik mewah yang lain.

Antara minuman paling laris mereka termasuk White Peach Oolong Tea, Jasmine Green Milk Tea, Lychee Rose Oolong, dan Melon Oolong.

Laman web: Chagee

Instagram: my.chagee

Facebook: CHAGEE MY 霸王茶姬

2. MIXUE

Kredit: Franchise Global

Jenama ini pasti tidak asing lagi, bukan? Semakin popular kerana Mixue menawarkan minuman menarik pada harga yang sangat berpatutan.

Anda boleh dapatkan teh susu yang dijual seperti Original Earl Grey Tea dan Jasmine Tea serendah RM4! Tidak hairanlah kenapa kedai ini sentiasa dibanjiri pelanggan terutama sekali pelajar sekolah.

Untuk pengetahuan anda, Mixue pada asalnya hanya menjual aiskrim. Namun, seiring perubahan masa, jenama ini memperluaskan menu mereka dengan pelbagai pilihan minuman teh, menjadikannya destinasi kegemaran bagi pencinta teh.

Laman web: Mixue Malaysia

Instagram: Mixue Malaysia My

Facebook: MIXUE Malaysia

3. GONG CHA

Kredit: Klook Malaysia

Kedai teh jenama Gong Cha ini tidak asing lagi di setiap pusat beli-belah. Jenama teh susu ini berasal dari Taiwan dan kini telah berkembang menjadi rangkaian teh susu terbesar di dunia termasuk di Malaysia.

Kalau anda nak cuba beberapa minuman yang laku keras di sini adalah  Earl Grey Milk Tea, Milk Foam Green Tea dan Signature Taro Milk Tea.

Harganya pula standard harga minuman di pusat beli-belah.

Laman web: gong-cha

Instagram: gongchamy

Facebook: Gong Cha Malaysia

4. AUNTEA JENNY

Kredit: Auntea Jenny

Seperti jenama teh lain yang menyediakan pelbagai pilihan teh, jenama ini lebih dikenali kerana kepakaran mereka dalam teh susu.

Di China, jenama ini cukup popular dengan lebih daripada 8,000 cawangan! Manakala di Malaysia, Auntea Jenny kini mempunyai 12 cawangan.

Anda pernah cuba?

Laman web: Auntmilktea

Instagram: Aunteajenny.my

Facebook: Auntea Jenny MY

5. BEAUTEA

Kredit: sunwaypyramid.com

Beutea merupakan jenama teh yang terkenal dengan konsep premium serta pelbagai pilihan minuman yang diilhamkan daripada tradisi teh Cina.

Antara minuman yang wajib dicuba di Beutea termasuklah White Peach Oolong Milk Tea dan Da Hong Pao Milk Tea. Kedua-dua pilihan ini menggabungkan keunikan rasa teh Cina tradisional dengan kelemakan susu serta harga berpatutan.

Laman web: Beutea

Instagram: beutea.msia

Facebook: 茶仙子 Beutea MY

6. HEYTEA 

Kredit: World Coffee Portal

Buat peminat teh, jenama ini memang terkenal dengan pelbagai pilihan teh buah yang menarik. Apa yang lagi best, mereka juga ada macam-macam variasi teh lain.

Anda pernah cuba dan dengar teh keju? Di HeyTea, menu ini antara yang menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang variasi!

Tunggu apa lagi? Jom cepat beli teh keju di HeyTea!

Laman web: HeyTea

Instagram: Heytea.malaysia

Facebook: Heytea MY

Jadi, anda dah tahu nak luangkan masa di kedai teh yang mana?

Sumber: Lobak Merah

Baca lagi: 10 Kedai Makan Viral Di Malaysia Sebab Cantik, Sesuai Untuk ‘Nature Lover’

Aisha Qistina

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

3 hours ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

4 hours ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

4 hours ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

5 hours ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

5 hours ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

6 hours ago