Categories: Tips & Petua

Tips Ayam Goreng Rangup Tahan Lama, Guna Teknik Ini Baru Hasil Menjadi!

Sebut saja ayam goreng, tiada siapa yang boleh tolak. Baunya semasa goreng sudah cukup buat satu rumah rasa lapar. Kali ini, kami kongsikan tips ayam goreng rangup tahan lama.

Nak dapatkan ayam goreng yang rangup di luar, berjus di dalam dan kekal rangup walaupun sudah sejuk bukanlah mudah. Tapi, tak mustahil jika anda tahu tips yang betul.

Ada satu teknik yang sudah lama digunakan di restoran, terutama restoran makanan segera untuk dapatkan ayam goreng yang rangup sempurna, iaitu double fry atau goreng dua kali.

Alil Rizwan telah kongsikan tips ayam goreng rangup tahan lama melalui komen di Facebook dengan menggunakan teknik tersebut. Jom kita tengok caranya!

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Tips Goreng Ayam Guna Garam, Sedap Sampai Ke Tulang!

TIPS AYAM GORENG RANGUP TAHAN LAMA, GUNA TEKNIK DOUBLE FRY

Kredit gambar: tohamina dari Freepik

1. Gorengan pertama dengan api perlahan.

  • Panaskan minyak seperti biasa. Apabila sudah panas, kecilkan api ke tahap sederhana perlahan.
  • Masukkan ayam yang sudah siap diperap dan bersalut tepung.
  • Goreng sampai bahagian luar tepung itu berwarna kuning keemasan muda.
  • Jangan risau jika ayam itu nampak belum cukup masak sepenuhnya, itu memang tujuan gorengan pertama ini.
  • Angkat dan toskan. Letak atas penapis atau tisu dapur untuk buang lebihan minyak.

2. Rehatkan ayam selama 30 minit.

  • Biarkan ayam yang sudah digoreng tadi rehat sekurang-kurangnya 30 minit.
  • Masa ini penting supaya ayam sedia dulu. Dalam masa yang sama, kelembapan dalam ayam akan stabil. Ini bantu elakkan ayam cepat lembik selepas goreng kali kedua nanti.

3. Gorengan kedua dengan api sederhana.

  • Panaskan minyak sekali lagi, kali ini dengan api sederhana.
  • Masukkan semula ayam tadi dan goreng sampai warna keemasan.
  • Hasilnya, ayam akan jadi lebih rangup dan tak cepat lemau walaupun sudah lama digoreng.
  • Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang!

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: tohamina dari Freepik, FOX ^.ᆽ.^= ∫ dari pexels 

Sumber: Alil Rizwan

Baca juga: 5 Tips Goreng Ayam Tak Melekat Pada Kuali, Rupanya Ada Petua Kena Ikut

Aimi

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

19 hours ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

19 hours ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

19 hours ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

20 hours ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

21 hours ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

21 hours ago