Nak buat Ayam Goreng memang cukup mudah dengan menggunakan serbuk kunyit, tapi pernahkah anda dengar orang kongsi tips goreng ayam dengan garam?
Ayam Goreng adalah antara lauk paling mudah dan sempurna digandingkan dengan nasi. Tak kira umur dan bangsa, boleh dikatakan semua orang menggemarinya.
Pelbagai variasi Ayam Goreng seperti Ayam Goreng Berempah, Ayam Goreng Mamak, Ayam Goreng Kunyit, Ayam Penyet dan sebagainya.
Rohim Ismail telah berkongsikan tips goreng ayam di Facebook yang cukup menarik dengan menggunakan garam. Jom cuba!
Baca juga: Kepak Ayam Goreng Pedas Chinese Style, Rangup Dan Pedasnya Serasi!
TIPS GORENG AYAM GUNA GARAM
1. Basuh ayam terlebih dahulu, kemudian ½ ekor rendam dalam 1.5 ke 2 liter air, 2 sudu teh garam dan 2 keping asam keping.
Jangan sampai masin air garam, bagi secukup rasa saja. Nak puas hati, rasa dulu air garam itu dan bagi ngam-ngam saja rasanya. Konsepnya seperti gaul ayam dengan serbuk kunyit.
2. Rendam selama 3 jam dan toskan air garam. Tak perlu basuh ayam lagi sebab air garam dah diserap dalam isi ayam.
Saya letak dalam suhu bilik saja. Jangan risau kerana ia tak rosak dan tak busuk jika hanya 3 jam di luar peti ais. Tapi lebih elok simpan dalam peti ais kerana risau terlupa.
3. Langkah ini pilihan masing-masing. Saya ambil tepung bestari pedas dan campur air tawar, kemudian bancuh cair saja.
Tak perlu pekat sebab nak sadurkan ayam supaya sedikit rangup. Gaulkan ayam dalam bancuhan tepung dengan sekali gaul saja.
4. Saya panaskan 1kg minyak masak dalam periuk dan jadikan teknik deep fry supaya ayam tenggelam semasa menggoreng.
Kemudian anda boleh goreng saja sehingga masak. Saya goreng lebih kurang 10 hingga 15 minit dengan api sederhana.
5. Kemudian anda boleh angkat dan toskan. Siap untuk dihidang!
Tips goreng ayam ini cukup berguna untuk anda hasilkan Ayam Goreng yang rangup di luar dan sedap sampai ke tulang. Mesti ramai puji nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Rohim Ismail
Baca juga: Ayam Goreng Berempah Simple, Tak Payah Perap Rasa Tetap Memikat!