Categories: Tips & Petua

Rahsia Ulam Ulaman Celur Tak Lebam, Warna Tetap Hijau & Kekal Menawan

Pernah tak masa nak hidang ulam ulaman yang dicelur, warnanya dah berubah jadi pucat atau nampak lebam? Memang kurang selera nak makan dibuatnya.

Sebenarnya ada cara mudah untuk pastikan ulam yang telah dicelur kekal cantik, segar dan menyelerakan walaupun selepas dimasak.

Baca juga: Nasi Selalu Cepat Basi? Guna 8 Tip Ini Waktu Masak, Boleh Tahan Lama Sampai Esok!

TIP SUPAYA ULAM ULAMAN TAK LEBAM SELEPAS DICELUR

Berikut merupakan cara-caranya:

  1. Sediakan air untuk mencelur dan masukkan setengah sudu teh garam.
  2. Celur ulam seperti biasa sehingga masak mengikut jenisnya. Jangan terlalu lama supaya tekstur kekal rangup.
  3. Tos air sebaik sahaja ulam masak untuk menghentikan proses memasak.
  4. Segera masukkan ulam ke dalam mangkuk berisi air sejuk bersama ais bagi mengekalkan kesegaran dan warna.
  5. Biarkan seketika, kemudian toskan sebelum dihidangkan bersama lauk atau sambal kegemaran pilihan masing-masing.

Garam yang dimasukkan ke dalam air rebusan ini membantu mengekalkan warna semula jadi ulam supaya tidak cepat lebam.

Kaedah ini bukan sahaja menghentikan proses memasak, malah membantu mengekalkan tekstur ulam supaya lebih rangup.

Dengan cara ini, ulam celur anda akan kekal segar, cantik dan menyelerakan bila tiba waktu makan.

Sumber petua dan gambar: Nik Aini

Baca juga: Mata Blender Tumpul? Cuba Petua Mudah Ini, Hasilnya Tajam Macam Baru!

Wan N

Recent Posts

“Ini Bukan Bekal Suami, Buffet Namanya..” – Netizen Puji Lauk Meriah, Isteri Pun Bekerja Tapi Sempat Masak!

Menyediakan bekal makanan untuk suami bukanlah perkara mudah, apatah lagi apabila isteri sendiri turut bekerja…

2 hours ago

Resipi Mini Chicken Pot Pie Guna Air Fryer, Inti Ayam Berkrim Dalam Pastri Rangup Buat Lebih Nikmat!

Resipi chicken pot pie ini sesuai dijadikan hidangan istimewa untuk keluarga. Inti ayam yang berkrim…

3 hours ago

Resipi Pasta Tomyam Creamy, Diolah Ikut Tekak Melayu Yang ‘Confirm’ Tak Muak Bila Makan!

Pasta tomyam creamy dengan udang ini sesuai untuk peminat hidangan pasta yang menggemari gabungan rasa…

3 hours ago

Resipi Ikan Masak Asam Rebus Dengan Nenas, Kuah Masam Pedas Memang Buat Kecur Air Liur!

Ikan masak asam rebus merupakan antara hidangan yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar lauk berkuah…

3 hours ago

Peminat Gyoza Wajib Cuba! Ini Resipi Homemade Guna 500g Ayam, Sekali Buat Dapat 90 Biji

Resepi gyoza homemade ini sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan ala Jepun di rumah.…

6 hours ago

Resipi Telur Dadar Masak Lemak Cili Api, Lauk Jimat Dengan Kuah Pekat Berlemak Pedas!

Telur dadar masak lemak cili api antara hidangan yang boleh dijadikan pilihan untuk menu makan…

6 hours ago