
Pernah tak baru sahaja masak nasi pada waktu pagi, tetapi belum pun sampai petang nasi sudah basi? Masalah nasi basi ini memang kerap berlaku dan boleh membuatkan kita naik angin. Walaupun beras dicuci bersih dan dimasak seperti biasa, nasi tetap cepat rosak.
Sebenarnya, ada beberapa perkara kecil yang sering kita terlepas pandang. Contohnya, penggunaan air yang tidak bersih, menyentuh nasi dengan tangan atau menutup periuk terlalu rapat selepas nasi masak. Semua ini boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria.
Jika anda selalu berdepan masalah ini, ada beberapa langkah mudah yang boleh dicuba untuk elakkan nasi cepat basi. Tak perlu guna bahan pelik, cuma ubah sedikit cara penyediaan agar nasi tahan lebih lama.
Baca juga: Tip Masak Nasi Goreng Dalam Kuantiti Banyak Agar Lambat Basi
TIPS ELAK NASI BASI DENGAN CEPAT

1. Cuci beras hingga bersih
Bilas beras sehingga airnya jernih. Ini penting untuk buang lebihan kanji yang boleh mempercepatkan proses nasi menjadi basi. Tapi tak perlu sental sampai beras jadi licin berkilat pula ya!
2. Guna air bertapis atau air masak
Kadangkala, air paip yang tidak ditapis mengandungi klorin atau bakteria yang boleh mengganggu ketahanan nasi. Sebaiknya, gunakan air bertapis atau air yang sudah dimasak.
3. Masak bersama sedikit garam atau halia
Letakkan secubit garam atau hirisan halia dalam nasi semasa memasak. Ia dapat menghalang pertumbuhan bakteria yang menyebabkan nasi cepat basi.
4. Elakkan penggunaan santan yang terlalu pekat
Untuk nasi lemak atau nasi santan, pastikan sukatan santan tidak terlalu pekat. Semakin pekat santan, semakin cepat nasi basi.
5. Jangan terus tutup rapat periuk selepas nasi masak
Selepas nasi masak, biarkan wap keluar seketika. Jika tutup terus periuk, wap yang terperangkap akan menjadi titisan air yang menyebabkan nasi cepat rosak.
6. Elakkan sentuh nasi dengan tangan
Gunakan senduk yang bersih sahaja. Sentuhan tangan boleh menyebabkan bakteria berpindah dan mempercepatkan kebusukan nasi.
7. Sejukkan dengan cepat jika tidak habis makan
Kalau nasi tak habis, jangan biarkan terlalu lama pada suhu bilik. Simpan dalam peti sejuk dalam tempoh 2 jam selepas masak untuk elak bakteria membiak.
8. Guna periuk yang bersih dan kering
Kadang-kadang kita tak sedar ada sisa makanan lama atau kesan karat dalam periuk. Ini juga boleh jadi punca utama nasi cepat rosak.
Sumber: Sazly Tulih Page
Baca juga: Cara Selamatkan Nasi Mentah Guna Cawan & Air, Ramai Tak Sangka Menjadi!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














