Rupa-rupanya ada tip tanam serai gemuk-gemuk dan cantik. Ramai yang menanam serai di rumah, tetapi hasilnya berbeza.
Ada yang tanam tapi serai kurus tak rimbun. Tapi orang lain kalau tanam cantik, gemuk-gemuk kejadiannya.
Baca juga: Tip Hilangkan Kesan Kuning Dalam Blender, Guna 3 Bahan Ini Masa Cuci
Untuk mendapatkan pokok serai yang mempunyai pucuk yang banyak dan lebat, ada caranya. Harus guna kaedah yang betul untuk memastikan banyak pucuk cepat timbul.
Ikuti perkongsian dari abang ini yang dikenali dengan nama Tariq Syahman.
TIP TANAM SERAI GEMUK-GEMUK
Hari ini saya cabut rumpun serai terakhir yang ada di rumah saya. Lepas siap bersihkan semua, saya hantarkan kat akak kedai tomyam lepas tu bagitau dia lagi 5-6 bulan baru ada balik serai ini.
Ini saya nak cerita sikit cara saya tanam serai.
1. Untuk benih serai ni saya akan pilih serai yang paling gemuk dan padat bahagian bawah dia tu.
2. Bila dah ditanam, ia akan keluarkan daun baru dan bahagian itu akan mengurus sehinggalah pokok dah cukup matang daun dan akarnya. Lepas itu ia akan gemuk semula dan keluarkan anak-anak di sekeliling.
3. Kalau kita tanam yang kurus-kurus, belum sempat daun baru nak matang – dia dah kiok dah sebab tak cukup energy reserve untuk digunakan semasa pembesaran.
4. Selalunya saya akan letak 2-3 batang serai dalam satu lubang.
5. Ada yang nasihat, masa tanam itu kena condongkan batangnya. Jadi anak-anak serai nanti akan lebih banyak. Tapi saya selalu tanam tegak saja. Mana-mana pun boleh rasanya.
6. Pada peringkat awal, kita kena siram dengan kerap sebab masa ini akar serai belum matang sepenuhnya. Lepas sebulan lebih, dah boleh biarkan ia. Siram bila cuaca terlalu kering saja.
7. Saya ada terbaca dalam group penanam serai, untuk pembajaan perlu letak baja NPK hijau secara berkala. Sebaiknya jangan pakai baja tahi ayam untuk elakkan serai terkena penyakit kulat.
8. Bila serai dah merimbun, biarkan saja. Tak perlu trim daunnya. Bila kita trim, pokok akan terpaksa keluarkan daun baru dan batang serai akan menjadi kurus.
9. Untuk yang tanam di rumah dan kegunaan sendiri, mungkin boleh saja nak trim bagi nampak kemas. Tapi untuk yang tanam untuk menjual, tak boleh lah nak trim sebab saya nak batang dia tu gemuk-gemuk, berat dan padu.
10. Ramai orang takut nak tanam serai sebab katanya ular selalu sembunyi dalam rumpun tu. Untuk yang duduk kat kawasan yang dekat dengan hutan & memang ada ular kat area situ – kena lah berhati-hati. Tapi kalau duduk tengah bandar, duduk kat apartment – tanam ajaaa..takde lah ular tu nak muncul tiba-tiba sebab awak tanam serai.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Tariq Syahman
Baca juga: Tip Elak Minyak Merecik Ketika Masak Sambal, ‘Confirm’ Dapur Tak Kotor Lagi!