bayam brazil goreng belacan

Siapa sangka sayur ini boleh dijadikan lauk Bayam Brazil Goreng Belacan. Selalunya, ia dijadikan sebagai ulaman ataupun dibuat goreng tepung. Rupanya sedap juga dibuat sebagai lauk kampung.

Bayam Brazil atau nama saintifiknya Alternanthera sissoo merupakan spesies tanaman yang tergolong dalam keluarga Amaranthaceae. Ia antara tumbuhan yang cepat membesar dan senang ditanam. Tumbuhan ini boleh membesar sehingga 30 cm tinggi dengan saiz daun sekitar 2 hingga 3.5 cm lebar.

Baca juga: Jom Buat Bayam Brazil Celup Tepung, Sedap Dan Rangup Krup Krap

Berbeza dengan bayam yang lain, sayur ini mempunyai tekstur yang rangup dan boleh dimakan secara mentah seperti salad. Masyarakat Brazil gemar mengambil sayur ini secara mentah bersama tomato, bawang dan juga minyak zaitun. Selain itu, ia sesuai juga untuk ditumis, direbus atau dikukus.

Di Malaysia pun, penanaman sayur ini sudah meluas hinggakan boleh ditanam secara tradisional mahupun hidroponik. Tanpa membuang masa, jom ikuti resipi sedap dari perkongsian Cik Puan Robakyah Che Ros ini. Memang ramai penggemar sayuran ini.


RESIPI BAYAM BRAZIL GORENG BELACAN

Serius sedap dari masak sayur Kangkung Goreng Belacan, harapkan batang kangkung yang berlambak tapi daun secoet. Korang memang kena cuba!

bayam brazil goreng belacan

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk bayam Brazil
  • 6 biji cili besar + cili padi*
  • 3 ulas Bawang merah*
  • 2 ulas Bawang putih*
  • Sedikit udang kering atau ikan bilis
  • Belacan – kuantiti agak-agak
  • Gula, garam , perasa, asam 

Cara memasak:

1. Tumbuk semua bahan yang bertanda * ini tadi. Kalau nak blend, bagi kasar sikit ya.

2. Kemudian, tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi, dah masak elok masukkan ikan bilis atau udang kering, belacan, perasa, gula garam dan sedikit saja tau perahan lemon atau air asam jawa. 

3. Akhir sekali, bolehlah masukkan sayur bayam. Masak sehingga layu. Siap!


KHASIAT BAYAM BRAZIL YANG RAMAI TAK TAHU

  • Mencegah kanser
  • Melawan radikal bebas
  • Meningkatkan kesihatan mata
  • Menurunkan berat badan
  • Meningkatkan sistem ketahanan badan
  • Mengelakkan sembelit
  • Mengawal tekanan darah tinggi
  • Sumber vitamin K – bantu dalam proses pembekuan darah dan secara tidak langsung menggelakan pendarahan yang berlebihan

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba resipi sayur goreng yang ringkas, sedap dan banyak khasiat ini.

Baca juga: Tanam Bayam Brazil Dalam Botol Plastik, Mudah Nak Tuai Dan Petik Nanti

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN