Categories: Tips & Petua

Tip Rebus Nangka Cepat EMPUK Dalam Masa 7 Minit, Hanya Guna 2 Bahan Ini

Rupa-rupanya, ada cara dan tip rebus nangka bagi cepat empuk dalam hanya 7 minit sahaja. Memang mudah dan menjimatkan masa untuk memasak lauk gulai menggunakan nangka.

Nangka mentah biasanya diolah menjadi hidangan masakan yang sedap. Lebih tepat lagi, nangka mentah atau nangka muda dijadikan hidangan sayur untuk makan berat. Biasanya nangka muda ini diolah dengan santan atau pelbagai tumisan yang sedap.

Kemudian, sayur nangka akan dimakan dengan nasi panas dan hidangan pelengkap. Berbeza dengan nangka masak, nangka muda yang masih mentah ini mempunyai tekstur yang keras.

Oleh itu, perlukan proses pengolahan khusus untuk mengolah nangka supaya lebih lembut dan mudah dikunyah. Pada umumnya, nangka diolah dengan cara direbus dalam air mendidih. Tetapi kerana teksturnya yang keras, biasanya perlukan masa 30-45 minit agar boleh lembut sepenuhnya.

Baca juga: Cara Tanam Cendawan Kukur Sendiri Di Rumah, 7 Hari Dah Boleh Tuai

Selain dari merebus yang lama, masalah lain semasa merebus nangka muda adalah tampilannya yang menjadi hitam. Hal ini disebabkan oleh banyaknya getah pada nangka muda. Maka semasa direbus, getah tersebut akan berubah menjadi hitam dan semakin melekat pada permukaan nangka.

Untuk mencegah perkara tersebut, sebahagian orang biasanya akan merebus nangka dengan kaedah khusus. Sebagai contoh dengan menambahkan baking soda ke dalam air rebusan.

Bahan ini dipercayai dapat membuat nangka tetap putih dan lembut dalam masa yang cepat. Tetapi jika anda tidak mempunyai baking soda di rumah, tidak perlu risau, ada bahan lain yang tidak kurang berkesan untuk mengempukkan nangka muda. Ikuti perkongsian tip dari pengguna TikTok @dapurdhira ini. Melalui salah satu video yang dimuat naik, dia mengaku menggunakan dua bahan yang lebih mudah dan pasti ada di dapur.

TIP REBUS NANGKA CEPAT LEMBUT HANYA 7 MINIT SAHAJA

Bahan-bahan yang diperlukan:

Cara-cara merebus:

1. Pertama sekali, sediakan periuk dan isi dengan air. Kemudian rebus airnya sehingga mendidih. Jika sudah mendidih, masukkan minyak masak secukupnya dan 1 sudu teh garam. Kemudian kacau hingga semua bahan larut dan tercampur rata.

2. Kemudian, masukkan potongan nangka muda yang sudah dibersihkan. Pada tahap ini, pastikan air betul-betul mendidih. Ini supaya getahnya akan segera hilang dan membuat nangka jadi putih bersih.

3. Setelah nangka dimasukkan, tutup periuk. Kemudian rebus selama 7 minit sahaja dalam keadaan periuk ditutup rapat. Jika sudah 7 minit, matikan api dan biarkan nangkanya di dalam periuk selama 10-15 minit. Pastikan periuk masih dalam keadaan tertutup supaya kematangan lebih maksimum.

4. Jika sudah didiamkan, terus buka periuk. Kemudian angkat dan toskan nangka mudanya. Ketika ditekan, teksturnya juga lembut sepenuhnya. Jadi, nangka muda ini sudah sedia untuk dibuat lauk.

Video Penuh:

Semoga bermanfaat.

Sumber: TikTok @dapurdhira

Baca juga: Rahsia Tempe Goreng Kekal Rangup Dan Tahan Lama, Kena Buat INI Dulu

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Tips Beli Buah Dengan Harga Lebih Murah, Boleh Elak Terlajak Belanja Dapur!

Buah-buahan adalah antara barang dapur yang sering dibeli kerana khasiatnya yang bagus untuk badan. Kali…

46 mins ago

Apam Pisang Sukatan Cawan, Pakai Blender Saja Tapi Gebunya Luar Biasa

Waktu petang mesti nak makan kuih-muih yang sedap bersama teh O panas. Oleh itu, ada…

1 hour ago

Terung Masak Sambal Berlada, Aroma Wangi Sampai Jiran Pun Boleh Bau

Nak masak dengan stail cepat siap, kenalah buat lauk dengan sayur dalam satu hidangan. Oleh…

5 hours ago

Ayam Masak Kunyit Halia, Lauk Sedap Ini Sebijik Macam Mak-Mak Masak

Biasanya nak buat masakan lauk ayam, kena goreng ayam terlebih dahulu. Namun, kami terjumpa resipi…

6 hours ago

Cara Rebus Sagu Besar Yang Jimat Gas, Confirm Jernih Dan Sebiji-Sebiji Elok!

Ramai yang telah menggunakan sagu untuk buat kuih dan pencuci mulut yang lazat di rumah.…

1 day ago

Daging Dendeng Balado Cili Hijau, Makan Dengan Nasi Panas Memang Layan!

Pelbagai resipi masakan daging yang sering dijadikan sebagai hidangan lauk di rumah. Kali ini, kami…

1 day ago