tip pemakanan sihat

Rupa-rupanya, ada tip pemakanan sihat ketika musim jerebu yang anda boleh ikhtiarkan. Ini dapat membantu untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit ketika musim yang tidak bagus ini.

Lagi pula Indeks Kualiti Udara (IPU) ini dilaporkan semakin tidak selamat. Keadaan jerebu yang berterusan boleh memberi kesan buruk dari segi kesihatan terutama kepada mereka yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung, pesakit jantung dan respitori.

Baca juga: Cara Beza Ais Guna Air Paip Atau Air Masak, Jangan Salah Minum Nanti Sakit Perut!

Apabila anda melangkah keluar dari rumah, mata pasti akan berasa pedih dan sukar untuk bernafas. Pastinya penggunaan mask muka dapat membantu mengurangkan kesan jerebu.

Tetapi tahukah anda, bahawa pilihan makanan, kaedah memasak dan lokasi makanan juga memainkan peranan penting dalam memastikan kita kekal sihat sepanjang musim panas?

Tip ini disampaikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang disiarkan di hantaran Facebook KKM.

Menurut KKM, pemakanan sihat adalah penting semasa jerebu supaya sistem imunisasi badan dapat dipertingkatkan dan ini akan membantu mencegah pelbagai penyakit berkaitan jerebu.


TIP PEMAKANAN SIHAT SEMASA JEREBU

Berikut adalah beberapa tip pemakanan sihat ketika jerebu:

1. Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk mengelakkan dehidrasi.

2. Minum jus atau makan buah-buahan serta sayur-sayuran yang kaya dengan antioksida, vitamin, mineral dan serta bagi membantu melawan penyakit. Buah dan sayur juga mengandungi air yang boleh membantu meningkatkan pengambilan air.

3. Sediakan makanan sendiri dan amalkan makan di rumah. Jika makan di luar, pilihlah tempat makan yang bertutup dan berada di dalam bangunan.

4. Elakkan minuman yang mengandungi kafein seperti kopi dan minuman beralkohol yang boleh menyebabkan pembuangan air kencing secara kerap dan mengakibatkan dehidrasi.

5. Kurangkan makanan tinggi garam yang boleh menyebabkan kehausan dan dehidrasi.

6. Makan makanan yang tinggi kandungan vitamin C,E dan omega-3 untuk meningkatkan imunisasi badan.

7. Untuk meningkatkan pengambilan air, ambil makanan yang berair seperti sup dan singgang.

tip pemakanan sihat


Semoga bermanfaat.

Sumber: Facebook KKM

Baca juga: Ikan Tempatan Yang Berlemak Kaya Omega-3, Bukan Salmon Je Yang Ada

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN