Categories: Tips & Petua

Tip Masak Sambal Tumis Jadi Lagi Sedap, Untuk Telur, Sotong & Udang, Berbeza Petua Tau!

Sambal Tumis adalah antara masakan yang sentiasa mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Hidangan bersambal ini sesuai dimasak bersama pelbagai jenis bahan seperti ikan, daging, ayam, makanan laut, telur dan bermacam-macam lagi.

Namun, ada di kalangan kita yang masih tercari-cari cara untuk menyedapkan lagi sajian ini. Mungkin kerana merasakan resipi yang sedia ada kurang menepati selera.

Baca juga: 5 Resipi Sambal Homemade Sedap & Petua Tahan Lama Supaya Tidak Berkulat

Putra Bugis Temasek telah berkongsi tip dan petua untuk memasak sambal tumis yang lebih sedap. Nak cuba? Jom lihat cara-caranya.


Cara Masak Sambal Tumis Lagi Sedap

Hari ini saya nak share petua atau cara buat sambal tumis. Tip-tip yang saya kumpulkan ini boleh membuatkan sajian ini bertambah sedap ketika dimasak.

Saya buat penyelidikan tentang ini pada tahun 2013. Semoga bermanfaat & selamat membaca. Jika ada tip-tip dari teman-teman, sharelah juga ya.

1. Sambal Tumis Bilis

  • Kalau masak sambal bilis, masukkan sedikit ikan bilis semasa mengisar cili. Ia akan membuatkan sambalnya rasa lebih berperisa.
  • Bila masak Sambal Ikan Bilis, tidak perlu masukkan garam kerana bilis sudah mempunyai rasa masin. Tambah jika perlu sahaja.
  • Untuk rasa lebih enak, boleh goreng ikan bilis hingga garing dan goreng bawang besar hingga agak layu. Angkat. Tumis kisaran cili kering hingga masak. Masukkan air asam jawa, gula, garam dan barulah masukkan ikan bilis serta bawang yang digoreng tadi.

2. Sambal Tumis Sotong

  • Untuk masak sambal sotong yang sedap, kena elak sotong berair dan mencemarkan sambal.
  • Caranya, selepas dibasuh, perap sotong bersama garam. Dan ketika memasak, rasa kuah terlebih dahulu supaya rasa garam tidak berlebihan.
  • Sotong tidak perlu dibasuh sebelum dimasukkan ke dalam sambal.
  • Semasa masak sambal, masukkan sotong terlebih dahulu. Biar hingga kecut barulah masukkan air asam jawa.
  • Jika nak elak sotong terlalu kecut, masak sotong separuh masak terlebih dahulu. Angkat dan keluarkan. Teruskan masak sambal hingga pekat dan barulah masukkan sotong kembali ke dalam sambal.

3. Sambal Tumis Udang

  • Kalau masak sambal tumis udang, kulit dan kepala udang jangan dibuang. Rebuskan kulit udang dan masukkan air rebusan dalam sambal. Ia kaan menjadikan rasa sambal lebih sedap dan berperisa.
  • Ketika masak sambal. masukkan udang terlebih dahulu. Biar hingga air udang keluar dan barulah masukkan air asam jawa.
  • Untuk elak isi udang keras, masuk udang hingga separuh masak terlebih dahulu. Angkat dan keluarkan. Bila sambal hampir masak, barulah masukkan udang kembali ke dalam sambal.
  • Untuk rasa sambal lebih berperisa, boleh juga kisar cili kering bersama sedikit udang kering bagi menyedapkan rasa.

4. Sambal Tumis Telur

  • Nak bagi sedap, tip nya tambah sedikit ikan bilis sebagai perencah dalam kisaran cili.

5. Cili Boh

  • Elakkan menggunakan cili boh kerana ada mengandungi cuka.
  • Tapi, jika perlu guna, pastikan ia dimasak hingga betul-betil garing dan lebihkan gula untuk menghilangkan rasa cukanya.
  • Boleh juga tumis toamto dadu dan sedikit belacan semasa menyediakan sambal.

6. Cili Kering

  • Petua arwah nenek, tiap kali kisar cili kering, masukkan sedikit kunyit hidup. Jadi, mana-mana masakan yang perlu guna cili seperti sambal, asam pedas, akan terasa lagi sedap dan padu.

7. Saiz Api Masak

  • Api harus kecil dan tumis rencah sehingga naik minyak.
  • Selepas naik minyak, baru masukkan gula. Gula dan minyak akan menjadi caramelized/keperangan.
  • Sambal tumis akan kelihatan gelap, cantik dan rasanya sedap.
  • Kemudian, masukkan air asam, garam dan air secukupnya. Teruskan masak seperti biasa sehingga siap.
Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

9 Makanan Instant Wajib Dibawa Ketika Travel, Yang ‘Last’ Tu Serius Berguna!

Hujung tahun ini pasti ramai yang pakat untuk pergi cuti bersama keluarga atau geng travel.…

6 hours ago

Tip Tanam Pokok Daun Kesum, Guna Petua Ini Dijamin Lebat Merimbun!

Pokok daun kesum menjadi pelengkap rasa dalam pelbagai hidangan, sememangnya cukup penting dalam masakan Melayu…

8 hours ago

Kreatifnya Resepi Kuih Lopes Batik Ini, Cantik Dan Sedap Seperti Yang Asli!

Sesiapa yang meminati kuih tradisional pasti kagum dengan hasil daripada resepi Kuih Lopes Batik ini.…

9 hours ago

Resipi Kuih Puteri Ayu Gebu Gebas, ‘First Time’ Buat Pun Pasti Menjadi

Resipi puteri ayu kuih tradisional ini adalah salah satu pencuci mulut tradisional yang terkenal di…

9 hours ago

Resipi Tiramisu Tanpa Kuning Telur, Versi Ringkas Yang Senang Nak Buat!

Kek tiramisu, siapa yang tak kenal pencuci mulut popular dari Itali ini, kan? Gabungan rasa…

9 hours ago

Laksa Siam Dengan Kuah Pekat Berlemak, Sumpah Sedap Sampai Mengidam!

Buat anda yang tak berpeluang ke Thailand tapi teringin makan Laksa Siam yang sedap dan…

10 hours ago