alatan memasak

Alatan memasak kayu menjadi pilihan ramai kerana ia tahan lasak, cantik dan tidak merosakkan permukaan kuali.

Namun, kalau tidak dijaga dengan betul, alatan kayu ini akan mudah naik kulat putih yang menjejaskan kebersihan dapur.

Jangan risau, jom kami kongsikan 10 tip mudah untuk elak masalah ini supaya alatan memasak kayu anda sentiasa bersih dan tahan lama.

Baca juga: 10 Sayur-Sayuran Yang Tak Boleh Digoreng, No.5 Paling Ramai Suka Makan!

TIP ELAK ALATAN MEMASAK KAYU NAIK KULAT

alatan memasak

1. Jangan Rendam Lama Dalam Air

Elakkan merendam peralatan kayu dalam air atau sinki terlalu lama. Air akan meresap ke dalam liang kayu dan menyebabkan kulat mudah tumbuh.

2. Keringkan Terus Selepas Basuh

Selepas basuh, lap hingga kering dan jemur di tempat pengudaraan baik atau di bawah kipas. Elak simpan dalam laci ketika masih lembap.

3. Simpan Secara Berdiri Atau Tergantung

Elakkan simpan peralatan dapur kayu dalam bekas tertutup atau terlindung yang menakung wap. Gantung atau simpan secara menegak supaya udara mudah mengalir.

4. Jangan Masuk Mesin Basuh Pinggan

Suhu panas dan kelembapan dari mesin basuh pinggan boleh merosakkan struktur kayu dan mempercepat pertumbuhan kulat.

5. Sapu Minyak Secara Berkala

Sapukan sedikit minyak kelapa dara atau minyak mineral food-grade setiap 2 hingga 3 minggu untuk menutup liang kayu, menghalang air serap masuk dan memanjangkan jangka hayat kayu.

6. Jemur Bawah Matahari

Sekali seminggu, jemur peralatan kayu bawah cahaya matahari pagi selama 1 hingga 2 jam untuk membunuh spora kulat yang mungkin tersembunyi.

7. Gunakan Cuka Putih

Campur 1 bahagian cuka putih dengan 1 bahagian air suam, rendam sudu atau senduk selama 5 hingga 10 minit dan keringkan. Lakukan sebulan sekali sebagai rutin pembersihan antibakteria semula jadi.

8. Guna Baking Soda Untuk Tanggalkan Kulat

Jika sudah naik kulat, campur baking soda dan air sampai menjadi pes. Gosok peralatan dapur kayu secara perlahan-lahan menggunakan span kasar, bilas dan biarkan sampai betul-betul kering.

9. Guna Peralatan Berbeza Untuk Bahan Mentah

Elakkan guna peralatan kayu yang sama untuk daging mentah dan masakan. Bakteria dari daging mentah boleh meresap ke dalam kayu dan mempercepat pertumbuhan kulat.

10. Tukar Bila Sudu Sudah Retak atau Bau Hapak

Jika kayu sudah retak, mempunyai tompok kulat dalam atau berbau walau sudah dibasuh, lebih baik ganti dengan yang baru demi kesihatan.

Dengan mengikuti tip-tip di atas, peralatan kayu dapur anda akan kekal bersih, tahan lama dan bebas dari kulat putih atau tompok hitam.

Sumber: Wooden Earth

Baca juga: Nampak Sama Tapi Tak Serupa, Ini Beza Gula Melaka & Gula Kabung Yang Ramai Keliru

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN