Antara cara lain untuk membuat ikan bilis goreng rangup adalah terus menggorengnya tanpa dibasuh terlebih dahulu.
Tapi ramai yang was-was kerana risau jika ikan bilis yang dijual di kedai mungkin terjatuh dan dikutip semula ataupun cara penyimpanannya yang tidak bersih.
Oleh sebab itu, ikan bilis perlu dibasuh terlebih dahulu barulah kebersihan terjamin. Jangan risau, ada cara untuk memastikan ikan bilis yang dibasuh bersih ini kekal rangup. Ikuti perkongsian oleh Liza Idris di bawah.
Baca juga: 6 Petua Nak Sambal Tempe Tahan Lama Dan Rangup
Tip Ikan Bilis Goreng Kekal Rangup
1. Cuci ikan bilis dan tapis bagi betul-betul kering. Kiranya sejam sebelum masak tu, cuci la siap-siap ya.
Ada yang tak cuci tau sebab takut ikan bilis jadi liat. Tak bagus begini. Seeloknya cuci dulu.
2. Panaskan kuali tanpa minyak, goreng sikit atau sangai sekejap saja.
3. Renjiskan cuka ikut keperluan.
4. Gaul cuka dan ikan bilis bagi mesra. Saya gaul pakai tangan.
5. Panaskan minyak, biar betul-betul panas. Kemudian, goreng ikan bilis yang dah gaul dengan cuka tadi.
6. Dah garing, angkat dan toskan minyak.
7. Siap. Kalau goreng banyak pastikan letak dalam bekas kedap udara.
8. Saya suka goreng dan simpan buat stok. Letak dalam sambal pun masih rangup dan tak liat. Selamat mencuba!
Kredit: Liza Idris