Musim durian adalah musim yang paling ditunggu ramai, lagi-lagi buat ‘hantu durian’.

Mengupas buah durian memang bukan sesuatu mudah, apalagi jika tidak terbiasa. Kulit durian yang tajam dapat membuat tangan terluka apabila tidak berhati-hati. Seperti yang semua tahu, kebiasaannya cara membuka durian adalah dengan dengan parang atau pisau bagi memudahkan untuk membelahnya.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang peniaga menunjukkan cara dia membuka durian yang lain dari lain. Difahamkan pengguna TikTok tersebut merupakan warga Thailand.

Lihat video penuh itu di bawah:

Kebiasaannya durian akan dibuka dengan parang atau pisau bagi memudahkan untuk membelahnya. Namun menerusi video tersebut kelihatan seorang peniaga membuka durian dengan memotong kulit durian sehingga kelihatan isi.

“Geramnyaa tgok dia kupas durian..”

Menerjah ke ruangan komen, ternyata ada beberapa komen dari rakyat Malaysia yang tidak puas hati dengan cara pengguna TikTok tersebut membelah raja buah itu.

“Nak mudahkan kerja kot..”

Mungkin dengan cara tersebut mudah untuk pelanggan membeli tanpa was-was sekiranya buah rosak atau sebagainya.

Sumber: TikTok @kawaleepu

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN