Mari cuba tip hilangkan kesan kuning pada lesung batu ini. Tak ramai orang yang tahu cara menghilangkan secara berkesan walaupun sudah dibasuh berkali-kali.
Lesung batu yang tertinggal dengan kesan kunyit yang melekat tebal adalah satu cabaran untuk dibersihkan. Kesan kekuningan itu seolah-olah telah menjadi sebahagian daripada lesung itu sendiri.
Baca juga: Tip Hilangkan Kesan Kuning Dalam Blender, Guna 3 Bahan Ini Masa Cuci
Masalah timbul apabila ingin menumbuk ramuan masakan lain seperti rempah untuk sayur, nasi goreng, dan akhirnya semuanya menjadi berwarna kuning.
TIP HILANGKAN KESAN KUNING PADA LESUNG BATU
Terdapat cara yang boleh diamalkan untuk menghilangkan kesan kunyit yang melekat tebal pada permukaan lesung batu. Dengan cara ini, lesung batu yang lama akan kelihatan seperti baru.
Bahan yang diperlukan:
- Pencuci pinggan jenama Axion
Sebenarnya, jenis pencuci pinggan apa pun boleh digunakan. Namun, elakkan penggunaan pencuci pinggan yang terlalu kuat kerana ia akan menyulitkan proses pembersihan. Mari kita lihat bagaimana untuk membersihkan kesan kunyit di dalam lesung.
Cara Menghilangkan Kuningan Melekat:
1. Ambil satu sudu pencuci pinggan dan masukkan ke dalam lesung.
2. Gosokkan pencuci pinggan dalam lesung tanpa menambahkan air. Namun, pastikan pencuci pinggan yang digunakan adalah jenis yang lembut.
3. Gosokkan sehingga pencuci pinggan menjadi berwarna kekuningan. Pencuci pinggan akan berubah seperti inai.
4. Kemudian, cuci dengan air sehingga bersih. Jika masih terdapat kesan kunyit dan anda tidak puas hati, ulangi langkah menggosok sehingga bersih.
5. Inilah hasilnya. Lesung batu akan kelihatan seperti baru.
Semoga bermanfaat.
Baca juga: Thermo Pot Ada Kesan Kuning? Ini Cara Hilangkan Guna SATU Bahan Je
Sumber: Namakucell