roti custard

Siapa suka makan roti jom cuba resipi roti custard yang dikongsikan oleh Danita Daniels di bawah. Sedap kalau makan panas-panas.

Inti custard juga boleh digantikan dengan keju mozarella atau apa-apa inti kesukaan. Jom cuba! Boleh buat untuk sarapan atau minum petang.

RESIPI ROTI CUSTARD LEMBUT & SEDAP

Bahan-bahan:

  • 300gm (1 1/2 cawan) tepung roti
  • 5 sudu makan gula
  • 1 sudu makan yis segera
  • 1/2 cawan air
  • 6 sudu makan susu segar
  • 2 biji telur saiz kecil – jika guna saiz besar, cukup hanya 1 biji – dipukul
  • 2 sudu makan mentega lembut

Cara memasak:

1. Satukan tepung, gula dan yis. Gaul sebati.

2. Kemudian masukkan air, susu dan telur. Kacau rata dan akhir sekali masukkan mentega. Adun hingga sebati seperti membuat doh roti.

3. Perap doh selama 45 minit atau hingga doh naik 2 kali ganda.

4. Bila doh naik 2 kali ganda, tumbuk doh dan uli selama 5 minit lagi.

5. Bahagiakan doh kepada 8 bahagian dan bentukkan jadi bebola.

6. Canai doh dan masukkan inti kastard atau keju mozzarella.

7. Sapukan air di bahagian tepi doh, lipat dan tekan tepinya supaya inti tidak keluar sewaktu dimasak nanti.

8. Biarkan doh selama 20 minit sehingga ia naik 1 kali ganda lagi.

9. Masak roti dalam kuali non-stick tanpa minyak. Guna api perlahan sahaja. Tutup kuali menggunakan penutup periuk.

10. Bila roti dah kekuningan, balikkan dan masak hingga sempurna.

11. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

RESEPI INTI CUSTARD

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 1 1/2 cawan susu segar
  • 2 biji telur
  • 1/2 – 1 sudu teh esen vanilla – ikut citarasa
  • 3 sudu makan gula – boleh lebihkan jika suka manis

Cara memasak:

1. Satukan semua bahan dalam periuk dan masak guna api sederhana hingga likat dan mendidih.
2. Sejukkan terlebih dahulu sebelum digunakan.
3. Jika suka inti keju, guna parutan keju mozzarella bagi menggantikan inti kastard.

INFO:
1. Jika tiada tepung roti, boleh guna tepung gandum. Tetapi perlu ayak 2 kali.
2. Selain seperti bentuk dalam gambar, boleh bentukkan roti ikut kreativiti masing-masing.

Kredit: Danita Daniels

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN