lala

Menyediakan hidangan lala kalau masak gulai lemak diakui memang sedap dan boleh buat kita makan bertambah. Namun jika terambil lala yang berpasir atau yang busuk, sah-sah boleh terbantut selera dibuatnya.

Atas sebab itu, sebelum dimasak pastikan lala tersebut dapat dicuci dengan bersih. Menyentuh tentang tip dan petua cuci lala ini sebenarnya banyak caranya.

Artikel berkaitan: Lalat Berleluasa Dekat Dapur? Ini 6 Tip Nak Halau Tanpa Guna Racun

Namun dalam banyak-banyak kaedah, perkongsian daripada Puspa Wangi Puspawangi di salah satu group masakan boleh dijadikan panduan.

Dapat dilihat cukup mudah dan yang penting kita lebih yakin kerana dapat dicuci satu persatu.

Ingin berkongsi cara saya untuk senang cuci Lala supaya dapat elakkan yang busuk atau berpasir hitam.. Bagi saya cara ni sangat berkesan.. Dulu pernah cuba cara rendam dengan cili kering, tapi tangan saya jadi pijar.

Cara ni lebih cepat dan mudah.


Langkah 1 : Lala yg dari pasar terus keluarkan tanpa cuci dan letak dalam bekas besar supaya ada ruang untuk lala. Biarkan dalam freezer dalam masa 20 minit.

Langkah 2 : Lepas dah 20 minit nanti semua akan terbuka sendiri.

Langkah 3 : Sekarang boleh check. Memang 80% terbuka. Mana yang terkatup rapat tu confirm busuk atau berpasir.

Langkah 4 : Sudah boleh cuci dengan air paip, macam ni kita puas hati cuci sebab boleh nampak isi dia mana yang kotor. Makan pun tak was-was. Selamat mencuba.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN