terung tumis kicap manis

Resipi terung tumis kicap manis ini sangat sesuai dinikmati dengan nasi panas. Tambahan pula, menu ala masakan Cina ini merupakan kombinasi terung lembut dan tauhu goreng yang rangup.

Tipulah kalau tak buat air liur anda kecur. Lagi-lagi, terung dan tauhu itu disalut dengan kicap manis.

Jom cuba resipi mudah ini!

Baca lagi: Blueberry Burnt Cheesecake, Cara Ini Elak Bau Hanyir Telur!

RESIPI TERUNG TUMIS KICAP MANIS

Bahan-bahan:

  • Tauhu telur – 3 ketul (dipotong dan disalut dengan tepung jagung)
  • Terung – 1 batang (dipotong mengikut saiz yang diinginkan)
  • Bawang putih – 5 ulas (dicincang halus)
  • Lada besar – 2 batang (dihiris serong)
  • Daun bawang – 3-4 tangkai (dihiris panjang)
  • Tomato – 1 biji (dihiris dadu)
  • Sos tiram – 2 sudu besar
  • Kicap manis – secukup rasa
  • Garam dan gula – secukup rasa

Cara Penyediaan:

1. Potong tauhu telur kepada beberapa keping.

2. Salutkan tauhu dengan tepung jagung untuk mendapatkan tekstur rangup.

3. Panaskan minyak dan goreng tahu telur sehingga keemasan. Ketepikan.

4. Potong terung mengikut saiz yang diinginkan.

5. Goreng terung sehingga sedikit lembut tetapi jangan terlalu lembik. Angkat dan ketepikan.

6. Cincang bawang putih, hiris lada besar, dan potong daun bawang serta tomato.

7. Panaskan minyak yang digunakan untuk menggoreng tadi, dan tumis bawang putih, lada besar, serta tomato sehingga naik bau.

8. Masukkan 2 sudu besar sos tiram dan kicap manis secukup rasa. Tumis dengan api besar untuk mendapatkan rasa yang lebih pekat.

9. Masukkan terung goreng dan tauhu telur ke dalam kuali. Gaul perlahan-lahan agar tahu tidak hancur.

10. Masukkan garam dan sedikit gula untuk menambah rasa. Jika perlu, boleh tambahkan perasa lain mengikut citarasa.

11. Setelah semua bahan sebati, tutup api dan taburkan hirisan daun bawang di atasnya sebagai hiasan.

Sumber: Syalfarina Razali

Baca lagi: Cara Simpan Kangkung Supaya Tak Cepat Layu, Dah Seminggu Pun Tetap Hijau!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN