Nak masak dengan stail cepat siap, kenalah buat lauk dengan sayur dalam satu hidangan. Oleh itu, kami cadangkan anda cuba masak Terung Masak Sambal Berlada yang cukup lazat.
Terung juga dikenali sebagai eggplant di Barat merupakan tumbuhan yang bersaiz agak panjang, berbentuk bujur dan mempunyai warna ungu gelap.
Oleh kerana ia mudah didapati, maka orang Malaysia cukup suka gunakan terung dalam masakan. Selain itu, ada juga yang makan terung sebagai ulam-ulaman.
Hasil perkongsian resipi Terung Masak Sambal Berlada oleh Cik Puan Jue di Facebook telah menarik perhatian ramai kerana menarik dan mudah dibuat. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Ikan Bilis Kentang Terung Tempe Berlado, Lauk Tunggu Gaji Yang Jimat Tapi Sedap!
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, goreng terung dan ikan bilis sehingga garing terlebih dahulu, angkat dan toskan, ketepikan dahulu.
2. Selepas itu, kisar bawang merah, bawang putih, cili merah dan cili padi secara kasar saja.
3. Kemudian, boleh masak bahan kisar cili sampai garing.
4. Seterusnya, masukkan terung dan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
5. Akhir sekali, letak sedikit asam jawa, garam dan gula perang untuk seimbangkan rasanya. Siap untuk dihidang!
Dalam banyak-banyak resipi, kami berpendapat Terung Masak Sambal Berlada ini paling menarik kerana anda pasti takkan menyangka lauk ini begitu sedap.
Lauk ini merupakan pilihan tepat untuk dimasak di rumah, lebih-lebih lagi jika terburu-buru. Senang cerita, resipi ini cepat siap dan sangat mudah.
Rasa terung bersama ikan bilis rangup, ditambah pula dengan sambal berlada yang lazat pasti membuat selera anda terangkat. Jika hidangkan untuk keluarga tersayang di rumah, pasti mereka memujinya nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Cik Puan Jue
Baca juga: Kari Telur Campur Terung, Ada Tips Buat Kuah Sedap Sampai Esok Mengigau!
Buah-buahan adalah antara barang dapur yang sering dibeli kerana khasiatnya yang bagus untuk badan. Kali…
Waktu petang mesti nak makan kuih-muih yang sedap bersama teh O panas. Oleh itu, ada…
Biasanya nak buat masakan lauk ayam, kena goreng ayam terlebih dahulu. Namun, kami terjumpa resipi…
Ramai yang telah menggunakan sagu untuk buat kuih dan pencuci mulut yang lazat di rumah.…
Pelbagai resipi masakan daging yang sering dijadikan sebagai hidangan lauk di rumah. Kali ini, kami…
Terfikir nak buat pau tapi semasa nak beli yis kering di kedai, sudah habis stok…