set khairulaming starbucks

Sebut sahaja nama Khairul Aming pastinya ramai mengenalinya. Beliau dikenali dengan video-video masakan yang sempoi. Malah resipi-resipi yang dikongsikan juga sangat mudah untuk dicuba dan diikuti.

Beberapa minggu lalu tular dengan satu video yang memaparkan Khairul Aming sedang mengembara ke bumi Eropah. Dalam video tersebut, anak kelahitan Kelantan ini sempat berkongsikan salah satu menu yang dijamahnya ketika berada di sana.

Ia adalah Croissant cicah coklat panas. Disebabkan perkongsian tersebut ramai pula yang terliur dan tak kurang juga pertikaikan status halal.

Meskipun begitu, terbaharu Khairul Aming kongsi cara pesan menu tersebut tapi hanya di Starbucks Malaysia.

@khairulaming

Sama tak croissant cicah hot chocolate dekat Starbucks dengan yang dekat Paris? jom kita try 😁 #makanlokal #hello2023

♬ Morning in Paris – Morning Chill Playlist

Menurut Khairul Aming, dia memesan classic hot chocolate, susu separuh dan tambah 4 scoop dark mocha untuk menambah kepekatan air coklat tersebut.

Turut dipesan adalah whipping cream dan croissant. Cara makannya pula, tambah whipping cream di dalam air coklat panas dan kemudian cicah dengan croissant.

Wow, memang terliuar habis tengok Khairul Aming makan! Nampaknya tak perlu ke Paris untuk menikmati hidangan macam dikongsikannya ini.

Di ruangan komen, rata-rata netizen teruja dan mahu cuba cadangan menu oleh Khairul Aming tersebut.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN