Jom kita cuba resipi Tempe Homemade yang mudah dan ringkas. Hanya mengunakan tiga bahan saja. Wow!
Tempe boleh dimasak dalam pelbagai menu seperti digoreng, dimasak dengan sambal, dijadikan bahan tambahan untuk sayuran dan menu lain yang pelbagai, dengan rasa yang enak.
Baca juga: Cream Cheese Homemade, Guna 3 Bahan Dengan Modal RM13 Je!
Meskipun banyak yang tahu cara memasak tempe dengan pelbagai citarasa, namun tidak semua dari kita mengetahui cara atau proses membuat tempe itu sendiri.
Semoga perkongsian daripada Cik Puan Sri Rahayu ini dapat membantu anda yang ingin mencuba membuat tempe homemade sendiri. Jom tengok resipi penuh di bawah.
RESIPI TEMPE HOMEMADE GUNA 3 BAHAN
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Kacang soya 1kg
- Ragi tempe 1 sudu kecil
- Plastik/daun pisang untuk membungkus
Cara-cara membuat tempe:
1. Basuh kacang soya sehingga bersih dan rendam kacang soya dalam air selama 4-5 jam.
2. Selepas direndam 4-5 jam, buangkan air dan tiriskan kacang soya tadi.
3. Masak air dalam periuk hingga betul-betul mendidih.
4. Selepas itu, masukan kacang soya dan rebus selama 25-30 minit, tutup api dapur, kemudian tutup periuk dan biarkan kacang soya terendam semalaman.
5. Selepas rendam 1 malam, ramas-ramas kacang soya hingga pecah dan terkupas kulit ari, pastu basuh dan buang kulit ari soya hingga betul-betul bersih,pastu tiriskan (basuh/bilas soya berulang kali, 4-5 kali.)
6. Kemudian, masak air dalam periuk hingga mendidih, pastu masukan soya, rebus dalam 15 minit, pastu angkat soya dan tiriskan.
7. Letak soya dalam talam/dulang bagi sejuk.
8. Kalau soya dah sejuk, lepas itu letak ragi tempe, gaulkan hingga campur serata.
9. Kemudian, bungkus/masukan soya dalam plastik, pastu cucuk-cucul plastic bagi belubang dengan menggunakan lidi satay.
10. Susun atur soya yang dah dibungkus kemudian tutup dengan kain untuk proses fermentasi selama 36-48 jam (2 hari)
11. Selepas 24 jam buka penutup kain biar tak panas sangat (risau busuk pula)
12. Tempoh pemerapan adalah 48 jam (2 hari). Selepas tempoh ini, tempe sudah siap dan sedia untuk dibuat lauk.
Selamat mencuba.
Sumber: Sri Rahayu
Baca juga: Cara Buat Kicap Homemade Guna Air Rebusan Ini, Lebih SIHAT Dari Kicap Komersial