tempat menarik luar negara

Hujung tahun hampir tiba, pasti ramai nak luangkan masa bercuti dengan keluarga. Oleh itu, sekaranglah masanya untuk cari tempat menarik luar negara dengan aktiviti seronok dan makanan halal.

Selain penginapan, lokasinya mestilah kena ada makanan halal dan aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat umur. Nak tahu tempat menarik luar negara, boleh tengok senarai yang kami kongsikan di bawah.

Baca juga: Travel Jauh Dengan Anak-Anak? Cuba 7 Idea Snek Halal, Sihat & Mengenyangkan Ini

10 TEMPAT MENARIK LUAR NEGARA DENGAN AKTIVITI DAN MAKANAN HALAL

1. London, United Kingdom.

tempat menarik luar negara

Kredit gambar: vwalakte dari Freepik

London antara destinasi paling mesra keluarga di Eropah. Banyak taman awam luas seperti Hyde Park dan Regent’s Park sesuai untuk bersiar-siar atau berkelah santai. Anak-anak juga boleh berseronok di Natural History Museum yang percuma.

Pilihan makanan halal juga melimpah. Dari Nando’s Halal, Dishoom sampailah kedai kebab klasik di tepi jalan. Jika nak bawa keluarga makan tengah hari, boleh cuba The Great Chase atau Banana Tree. Kedua-duanya terkenal dengan menu halal yang moden dan sedap.

2. Tokyo, Jepun.

Walaupun Jepun terkenal dengan sushi dan ramen yang kebanyakannya tak halal, tapi sekarang banyak restoran halal muncul di sekitar Tokyo, Osaka dan Kyoto. Boleh cuba Narita Halal Ramen atau Gyumon Yakiniku Halal untuk pengalaman makan gaya Jepun tanpa ragu.

Di Tokyo, jangan lepaskan peluang untuk melawat Tokyo Disneyland, berjalan di Ueno Park dan cuba aktiviti budaya di sana seperti belajar buat origami atau pakai pakaian tradisional kimono.

3. Seoul, Korea Selatan.

tempat menarik luar negara

Kredit gambar: tawatchai07 dari Freepik

Korea kini semakin mesra pelancong Muslim. Sebagai contoh di kawasan Itaewon, terdapat banyak restoran halal termasuk Eid Halal Korean Food dan Makan Halal Restaurant.

Anda sekeluarga boleh berjalan santai di Namsan Seoul Tower, lawat Gyeongbokgung Palace atau cuba pakaian hanbok untuk sesi bergambar keluarga.

Korea juga ada banyak kafe mesra Muslim yang menarik, sesuai untuk rehat minum kopi sambil tenangkan diri selepas berjalan seharian.

4. Paris, Perancis.

Paris bukan sekadar kota cinta, ia juga kota makanan. Banyak restoran halal sekitar kawasan Gare du Nord dan Chateau Rouge, boleh cuba Le Butcher atau Le Jumeyrah untuk makanan Perancis halal yang moden.

Selain ke Eiffel Tower, anda sekeluarga boleh melawat Disneyland Paris, taman tema paling popular di Eropah yang mesra keluarga. Jangan lupa berjalan di Jardin du Luxembourg, tempat ideal untuk berkelah dengan suasana tenang.

5. Bangkok, Thailand.

Pilihan terbaik untuk keluarga yang nak rasa budaya dan makanan eksotik tanpa terlalu jauh. Bangkok ada banyak tarikan menarik seperti Safari World, Dream World dan pasar terapung Damnoen Saduak.

Untuk makanan halal, boleh ke kawasan Sukhumvit Soi 3 (Arab Street) atau Ramkhamhaeng yang terkenal dengan nasi briyani, tomyam halal dan pencuci mulut Thai yang menyegarkan.

6. Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Dubai sinonim dengan kemewahan dan keselesaan, tapi sebenarnya ia juga mesra keluarga. Banyak aktiviti menarik untuk semua peringkat umur seperti Dubai Aquarium, Global Village, Ski Dubai dan Desert Safari.

Makanan halal? Tak perlu risau langsung. Dari makanan Arab tradisional sampai makanan antarabangsa, semua mudah didapati seperti di Al Mallah, Zaroob dan Operation Falafel.

7. Sydney, Australia.

Australia terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan gaya hidup santai. Sydney pula antara bandar paling sesuai untuk percutian keluarga. Anak-anak pasti seronok di Taronga Zoo, Sea Life Aquarium atau berkelah di Bondi Beach.

Pilihan makanan halal juga banyak seperti Mamak Sydney, PappaRich dan Zeus Street Greek Halal. Kebanyakan pasar juga ada bahan halal segar untuk yang suka masak sendiri.

8. Istanbul, Turki.

Kredit gambar: rawpixel.com dari Freepik

Nak rasa gabungan sejarah, budaya dan makanan yang menggamit selera, Istanbul memang pilihan tepat. Lawati Blue Mosque, Hagia Sophia dan Topkapi Palace untuk pengalaman bersejarah yang menakjubkan.

Tak perlu risau hal makanan. Dari kebab, baklava, pide sampai Turkish tea, semuanya halal dan lazat. Anak-anak juga pasti suka suasana pasar Grand Bazaar yang meriah dengan warna dan aroma rempah.

9. Zurich, Switzerland.

Jika keluarga suka alam semula jadi, Switzerland tak pernah mengecewakan. Pemandangan gunung salji, tasik jernih dan udara sejuk yang segar menjadikannya destinasi impian ramai.

Aktiviti keluarga juga banyak, boleh naik kereta kabel ke puncak Mount Titlis, berjalan di tepi Lake Zurich atau nikmati keindahan bandar lama Zurich yang tenang dan bersih.

Di sekitar bandar besar seperti Zurich dan Geneva, banyak restoran Turki dan Timur Tengah halal seperti Restaurant Ach’i dan Le Cedre. Nak bawa anak makan kebab panas-panas sambil tengok pemandangan gunung juga boleh.

10. Bali dan Jakarta, Indonesia.

Kredit gambar: diana.grytsku dari Freepik

Indonesia memang terkenal sebagai syurga percutian keluarga Muslim. Di Bali, banyak kawasan mesra keluarga seperti Ubud, Nusa Dua dan Jimbaran yang tawarkan aktiviti menarik seperti snorkeling, melawat sawah padi atau menikmati spa keluarga.

Sementara di Jakarta, boleh ke taman tema Dunia Fantasi, berkunjung ke Taman Mini Indonesia Indah atau menikmati makanan tempatan halal seperti nasi padang, sate ayam dan martabak manis.

REV Media Group melalui My Resipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Halal Travel, kempen yang direka khas untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, selamat dan penuh yakin.

Ia adalah inisiatif menyeluruh yang membawakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik.

Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.

Kredit gambar muka depan: freepik & rawpixel.com dari Freepik

Sumber: myhalalxplorer.com

Baca juga: Senarai Hotel Dengan Buffet Mesra Muslim Di Negara Bukan Islam, Halal Terjamin & Makan Sampai Kenyang!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN