idea snek untuk anak

Seronok travel bersama anak-anak di luar negara, tapi mak-mak kena bersedia sebab pilihan makanan halal agak terhad. Jadi, kenalah cari idea snek untuk anak yang halal dan sihat.

Maklumlah, anak-anak memang cepat lapar lebih-lebih lagi ketika travel. Jika tak kena dengan gaya, boleh jadi mereka asyik minta jajan atau makanan segera yang tak berkhasiat.

Ini beberapa idea snek untuk anak yang mudah dan sesuai dibawa ketika travel. Tak susah kerana ia mudah disimpan, tahan lama dan anak pasti suka. Jom kita tengok!

Baca juga: 5 Rahsia Simpan Makanan Ketika Travel, Tak Payah Fikir Makanan Rosak!

7 IDEA SNEK UNTUK ANAK YANG HALAL, SIHAT & MENGENYANGKAN KETIKA TRAVEL

1. Buah-buahan kering dan kekacang tanpa garam.

idea snek untuk anak

Kredit gambar: freepik dari Freepik

Campurkan kismis, badam, walnut, dan cranberries kering dalam satu bekas kecil. Ia bukan saja halal dan sihat, tapi juga beri tenaga cepat apabila anak lapar di tengah perjalanan.

2. Sandwich mini roti gandum.

idea snek untuk anak

Kredit gambar: lifeforstock dari Freepik

Buat siap-siap roti sandwich kecil berintikan telur hancur, tuna mayonis atau keju. Gunakan roti gandum untuk lebih kenyang dan serat. Bungkus rapat dalam bekas kedap udara, jadi sesuai untuk penerbangan atau perjalanan jauh.

3. Keju potong dan biskut wholegrain.

idea snek untuk anak

Keju bantu bagi tenaga dan kalsium, manakala biskut gandum penuh beri rasa kenyang lebih lama. Pilih keju yang tak cepat cair dan simpan dalam beg berpenebat sejuk kalau boleh.

4. Onigiri (bebola nasi Jepun versi halal).

idea snek untuk anak

Nak lebih mengenyangkan, buat onigiri iaitu nasi yang dibentuk segi tiga dan dibalut rumpai laut (nori). Boleh isi dengan tuna mayo atau isi ayam cincang. Senang makan, tak comot dan anak-anak biasanya suka sebab nampak comel dan mudah digenggam.

5. Sayur dan buah segar potong.

Kredit gambar: freepic.diller dari Freepik

Bawa bekas kecil berisi hirisan timun, lobak, epal, atau anggur. Letak sedikit perahan lemon untuk elak cepat lebam. Walaupun nampak ringkas, snek ini bantu kekalkan hidrasi anak dan kurangkan keinginan untuk kudapan manis.

6. Biskut oat homemade.

Kredit gambar: chandlervid85 dari Freepik

Jika sempat sebelum travel, buat stok biskut oat iaitu gabungan oat, madu dan pisang cukup untuk snek sihat yang tahan lama. Tak perlu bahan pelik dan paling penting, halal serta mengenyangkan.

7. Susu UHT atau yogurt drink kecil.

Kredit gambar: freepik dari Freepik

Minuman ini penting apabila anak sudah mula letih atau kurang selera makan. Pilih versi rendah gula dan pastikan logo halal pada bungkusan. Simpan dalam suhu bilik atau beg penebat sejuk untuk lebih segar.

REV Media Group melalui My Resipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Halal Travel, kempen yang direka khas untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, selamat dan penuh yakin.

Ia adalah inisiatif menyeluruh yang membawakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik.

Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: Facebook Eniza M. Salim, N Gold Beli Emas & astini cake

Sumber: Motherhood.com.my

Baca juga: 5 Restoran Halal Mesra Keluarga di London, Tokyo & Gold Coast Yang Wajib Singgah!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN