Categories: Infomasi

Jalan-Jalan Makan Sekitar Clock Tower Masjidil Haram, Ini ‘Spot’ Sedap Yang Ramai Jemaah Cari

Setiap kali musim haji atau umrah, antara perkara yang sering difikirkan oleh jemaah selain ibadah ialah mencari tempat makan di Mekah yang sedap dan mudah diakses, terutamanya sekitar Masjidil Haram.

Lagi-lagi bila dah penat berjalan ulang-alik ke Masjidil Haram, memang terasa nak cari makanan yang mengenyangkan dan kena dengan selera kita sebagai orang Malaysia.

Kalau anda menginap sekitar kawasan Clock Tower, memang banyak pilihan kedai makan menarik yang boleh dicuba. Dari sarapan pagi sampai makan malam, semuanya ada. Tinggal pilih sahaja ikut tekak masing-masing.

Jika jemaah berada di bahagian baru Masjid tak perlu ke Clock Tower kerana ada beberapa kedai yang sama turut ada di Jabal Omar.

Baca juga: Netizen Puji Aeon Taman Universiti Sedia Sudut Khas Untuk Resipi KA, Tak Perlu Cari Sana Sini!

TEMPAT MAKAN DI MEKAH SEKITAR CLOCK TOWER, MASJIDIL HARAM

Lepas selesai ibadah, bolehlah “reward” diri dengan makanan yang sedap sebagai tenaga tambahan. Tapi dalam masa sama, jangan lupa untuk makan secara berpada-pada supaya badan kekal sihat sepanjang berada di sana.

Perkongsian yang dikongsikan Noor Atikhah Mohd Nor ini banyak membantu memberi gambaran tentang pilihan makanan di sekitar kawasan Clock Tower.

Berikut merupakan perkongsian oleh beliau:

1. Abraj Avenue

Lokasi ini menjadi pilihan ramai untuk mencari sarapan. Ada pelbagai jenis pilihan roti, kek dan pastry yang sedap. Semuanya sedap dan memang tak rugi kalau cuba.

“Setiap kali masuk Abraj, wajib topup semua ini. Sedap dan tak manis sangat. Memang rambang mata, tapi kali suka jenama Al-Marai. Mantul rasa dia,” tulis Noor Atikah Mohd Nor.

2. Crispy Rollo

Crispy Rollo ini juga antara kedai makan yang wajib dicuba jika berada di sekitar Masjidil Haram.

“Awal pagi dah buka, antara menu kami wajib order. Shawarma Baksha ini dalam 35 riyal. Boleh makan 3 hingga 4 orang. Lazeez!” tulis beliau.

3. Cafe Moment

“Ini cafe kami selalu reward dan dating sebab cantik sangat dekorasi dia. Ada di tingkat 1, jalan sikit belakang Costa. Cuba ya, makanan pun ok. Kami biasa ambil small portion sebab berdua.

“Wajib cuba Karak Tea dia sedap. Manisan pun ok tapi manis sikit. Coffee pun tak rugi cuba,” kata beliau.

4. Al Tazaj

“Teringin nak makan ayam Al-Baik. Orang Arab kata di sini sedap lagi. Kedai dia besar sangat, baru buka di level 4. Add-onn Taza sos atau lebih baik bawa sos life dari Malaysia.

“Ini contoh ayam kalau beli di Al-Tazaj,” tulis beliau.

5. B Laban

“Ini kalian wajib cuba. Sekali pun ok, sedap sangat. Saya lupa nama makanan, kawan kata memang viral masa baru buka dulu,” jelas Noor Atikhah.

“Ini yang sedap itu, ambil pistachio ok? Tunjuk saja gambar ini, maaf lupa nama dia,” kata beliau.

6. The Global View Nusantara

“Lepas kerja Haji haritu memang kami dah kurang selera makan. Hari-hari kami pergi kedai ini, bakso dan jus delima dia sedap. Memang ramai dengan orang Indonesia. Orang Arab pun saya nampak memang tapau bakso. Ada juga jual nasi, boleh cuba ya!,” tulis beliau.

“Ada satu tips saya nak share kalau beli nasi dalam 30 riyal lebih. Portion memang besar, 4 orang makan. Kami selalu tanya kalau ada kedai boleh buat portion kecil dalam 20 riyal lebih. Ada kedai ok dia bagi, dapatlah kami makan habis kalau portion kecil. Yang penting kena tanya,” tambahnya.

7. Ratio, Jabal Omar

“Pistachio latte ini sedap sangat, rare rasa dia. Wajib cuba ini dekat Ratio Jabal Omar. Kedai dia tepi jalan saja,” kata beliau.

Secara keseluruhan, banyak pilihan tempat makan di Mekah yang boleh diterokai sekitar Masjidil Haram, sama ada di kawasan Clock Tower, Jabal Omar atau sekitarnya. Setiap tempat ada keunikan tersendiri dan sesuai dengan selera jemaah dari pelbagai negara, termasuk Malaysia.

Apa yang penting, pilih makanan yang sesuai dengan keperluan badan supaya kekal bertenaga untuk beribadah. Dalam masa yang sama, jangan lupa untuk menikmati pengalaman makan di Mekah ini sebagai sebahagian daripada kenangan indah sepanjang berada di Tanah Suci.

Sumber: Noor Atikhah Mohd Nor

Baca juga: Peniaga Di Labuan Buat Ramai Kagum, Makanan Dijual Siap Ada Label Macam Barang Pasar Raya!

Wan N

Recent Posts

6 Jenis Ikan Di Malaysia Yang Ramai Tak Tahu Tinggi Omega-3, Harga Pun Lebih Murah Dari Salmon

Ramai menyangka jenis ikan di Malaysia tidak mampu menandingi salmon dari segi kandungan omega-3. Hakikatnya,…

8 hours ago

Cara Buat Agar-Agar Kenduri, Rupanya Campur Air Aiskrim Soda Buat Rasa Lebih Istimewa!

Jika anda sedang mencari cara membuat agar agar yang ringkas tetapi menghasilkan rasa yang sedikit…

8 hours ago

Potato Lasagna Tanpa Lasagna Sheet, Guna Kentang Lebih Jimat Dan Tetap Sedap!

Potato lasagna menjadi pilihan ramai kerana menawarkan cara yang lebih mudah dan menjimatkan untuk menikmati…

12 hours ago

Creamy Chicken Mushroom Viral, Hanya Perap Ayam Guna Yogurt Buat Isi Lebih Lembut & Juicy

Creamy chicken mushroom kini menjadi antara menu western homemade yang semakin digemari kerana rasanya setanding…

12 hours ago

Cara Membuat Kuih Sagu Yang Menjadi Setiap Kali, Rahsianya Kacau 10 Minit Sahaja

Cara membuat kuih sagu yang lembut, kenyal dan mudah dipotong sebenarnya bergantung pada beberapa teknik…

15 hours ago

Pasangan Ini Kongsi Tip Beli Barang Basah RM241 Sebulan, Boleh Dapat 8 Lauk Termasuk Siakap & Tulang Rusuk!

Bila masuk bab perancangan belanja dapur, ramai antara kita yang runsing memikirkan kos barang dapur…

3 days ago