peniaga kecil

Peniaga kecil di Labuan ini menjadi sebutan ramai apabila tampil dengan cara berniaga yang lebih teratur dan profesional. Setiap juadah yang dijual bukan sahaja dibungkus kemas, malah siap dengan label maklumat lengkap seperti produk di pasar raya.

Perkongsian tersebut dimuat naik oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) di bawah Jabatan Kesihatan WP Labuan dan terus menerima pelbagai reaksi positif daripada orang ramai.

Baca juga: Jangan Guna Istilah ‘Buffet Ramadan’ Jika Tiada Sijil Halal, Peniaga Boleh Didenda Sehingga RM500,000

PENIAGA KECIL LABUAN BUAT RAMAI KAGUM DENGAN LABEL LENGKAP

peniaga kecil

Kalau sebelum ini kita biasa beli kuih atau lauk di gerai tanpa sebarang maklumat terperinci, kali ini berbeza. Setiap bungkusan makanan disertakan label yang memaparkan:

  • Nama dan alamat pembekal
  • Nombor telefon
  • Tarikh penyediaan
  • Senarai bahan ramuan
  • Waktu selamat untuk dimakan

Nampak seperti perkara kecil, tetapi impaknya besar. Ramai netizen menyamakan inisiatif ini dengan standard produk di pasar raya kerana maklumatnya jelas dan tersusun.

INFO RINGKAS YANG BUAT PELANGGAN LEBIH YAKIN

peniaga kecil

Apa yang turut menarik perhatian ialah pesanan pada label supaya pembeli memeriksa dahulu makanan sebelum dimakan, lihat, hidu dan rasa. Pesanan mudah ini sebenarnya sangat penting bagi memastikan juadah masih dalam keadaan baik.

Dalam masa sama, senarai ramuan yang dinyatakan juga membantu mereka yang mempunyai alahan makanan untuk membuat pilihan yang lebih selamat.

USAHA KECIL, KESAN BESAR

Walaupun berskala kecil, pendekatan ini menunjukkan tahap kesedaran yang tinggi terhadap keselamatan makanan dan kepercayaan pelanggan. Bukan sekadar menjual, tetapi benar-benar menjaga kualiti dan ketelusan.

Ramai berharap langkah seperti ini dapat dicontohi oleh lebih banyak peniaga lain. Kadang-kadang perkara yang nampak kecil inilah yang membuatkan pelanggan rasa lebih dihargai dan yakin untuk membeli lagi.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan

Baca juga: Letak Paket Minyak Dalam Kuali Panas, Wanita Dedah Sisi Gelap Peniaga Yang Tak Ramai Tahu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN