resepi mee sup

Kalau tak tahu nak makan apa untuk dinner nanti, apa kata jom cuba resepi mee sup ala siam yang ringkas dan cepat disediakan ini.

Walaupun cara masaknya mudah, rasa dia memang padu dan menyelerakan. Makan sepinggan pun rasa tak cukup!

Memang sedap dapat hirup sup panas-panas, lebih-lebih lagi kalau ditambah sambal kicap dan perahan limau nipis.

Baca juga: Resipi Mi Goreng Bungkus Ala 90-An, Warna Pucat Tapi Rasanya Luar Biasa!

RESEPI MEE SUP ALA SIAM

resepi mee sup

Bahan protein:

  • Isi ayam (dipotong kecil)
  • Udang
  • Sotong
  • Daging (jika suka)

Bahan sayur-sayuran & tambahan:

  • Sawi
  • Lobak merah (carrot)
  • Tomato
  • Cili besar/cili padi (dihiris)
  • 2-3 biji telur
  • Daun ketumbar (dihiris untuk tabur)
  • Mi kuning (dibilas dan toskan)

Bahan tumis & perasa:

  • 2-3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1-2 sudu kecil lada hitam (ditumbuk atau dikisar)
  • 1-2 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 ketul kiub ayam
  • Air limau nipis (perahan)
  • Garam, serbuk perasa dan gula secukup rasa

Cara memasak:

  1. Tumis bawang putih dalam sedikit minyak hingga wangi.
  2. Masukkan ayam, udang, sotong atau daging. Tumis sekejap, kemudian tambah air secukupnya. Masak hingga semua bahan protein empuk.
  3. Masukkan lada hitam, sos ikan, sos tiram, kiub ayam dan perahan air limau. Kacau rata dan perasakan mengikut cita rasa.
  4. Tambahkan sayur seperti sawi, lobak merah, cili dan tomato.
  5. Masukkan mi kuning, kemudian pecahkan telur ke dalam sup (boleh kacau ringan atau biarkan bersarang).
  6. Akhir sekali, taburkan daun ketumbar sebelum dihidang.

Tip sedap: Nak lagi ‘kick’? Hidangkan bersama sambal kicap dan perahan limau nipis waktu makan. Dijamin makan tak ingat dunia!

Sumber: Kaseh Aryssa

Baca juga: Lelaki Kongsi Resipi Spageti Meatball Untuk Anak, Senang & Cepat Disediakan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN