shawarma daging

Shawarma daging antara menu ringkas yang sangat sesuai dijadikan sarapan, bekal anak ke sekolah atau hidangan minum petang. Tak perlu peralatan khas, hanya guna wrap dan inti daging yang dimasak ringkas pun sudah cukup untuk hasilkan shawarma homemade yang sedap dan mengenyangkan.

Menariknya resipi shawarma daging ini sangat fleksibel. Boleh guna daging kisar atau ayam kisar, ikut cita rasa masing-masing. Gabungan sos, keju dan wrap yang dibakar sampai keperangan buatkan rasanya lebih lazat walaupun dimasak di rumah.

Kalau anda sedang cari idea menu mudah, cepat dan tak renyah, resipi shawarma daging homemade ini memang wajib cuba.

Baca juga: Resipi Roti Sardin Telur Ringkas & Sedap, Menu Sarapan Cepat Yang Tak Pernah Jemu

RESEPI SHAWARMA DAGING

shawarma daging

Bahan inti daging:

  • 1 keping daging kisar (boleh diganti ayam kisar)
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa secukupnya
  • Mixed herbs
  • Serbuk lada hitam

Bahan lain:

  • 1 paket wrap (boleh guna wrap original atau wholemeal perisa bawang putih)
  • Sos cili
  • Mayonis
  • Sos thousand island
  • Keju cheddar keping
  • Keju mozzarella

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan daging kisar bersama garam, ajinomoto, mixed herbs dan serbuk lada hitam ke dalam kuali.
  2. Masak sehingga daging masak sepenuhnya dan air kering. Ketepikan.
  3. Ambil sekeping wrap, sapukan sedikit sos cili di atas permukaannya.
  4. Letakkan sekeping keju cheddar, kemudian masukkan inti daging yang telah dimasak tadi.
  5. Tambahkan mayonis, sos Thousand Island dan taburkan keju mozzarella secukupnya.
  6. Lipat wrap dan gulung kemas seperti shawarma.
  7. Panaskan kuali non-stick dengan api perlahan, bakar wrap sehingga keperangan dan keju cair.
  8. Terbalikkan wrap dan bakar kedua-dua bahagian sehingga rangup.
  9. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Zana Anuar

Baca juga: Resipi Roti Telur Cheesy Bungkus, Idea Sarapan Ringkas & Sedap Untuk Anak

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN