Anda sedang mencari tempat kedai tomyam yang sedap dan best di Subang Jaya? Ini carian yang tepat untuk anda. Lauk tomyam sering dianggap sebagai hidangan “comfort food” yang sangat digemari ketika hujan, saat bersantai bersama kawan, atau bersama keluarga.
Kelazatan kuahnya yang kombinasi antara rasa masam dan pedas membuat tomyam selalu menjadi pilihan utama para pelanggan yang datang makan di restoran.
Baca juga: Kedai Kopi Menarik Di Terengganu, Boleh Datang Singgah Jika Ke Sana
Berikut adalah senarai 6 kedai tomyam di Subang Jaya yang patut anda kunjungi untuk menikmati hidangan lazat ini bersama-sama dengan keluarga atau kawan-kawan.
6 TEMPAT KEDAI TOMYAM BEST DI SUBANG JAYA
1. Phad Thai, Taipan Business Centre
Restoran Pad Thai di Taipan Business Centre, Subang Jaya, adalah destinasi makanan Thai halal yang terbuka setiap hari mengikut waktu operasi yang ditetapkan. Terkenal dengan hidangan tomyam yang lazat, pekat, dan berlemak, restoran ini memuaskan pelanggan di Subang Jaya.
Tomyam mereka dikenali sesuai untuk pelanggan yang tidak suka makanan pedas, dengan tahap kepedasan pada tahap medium. Selain tomyam, telur dadar rangup di luar dan juicy di dalam juga menjadi pilihan popular di sini.
Alamat: 21, Jalan USJ 10/1c, Taipan Business Centre, 47620 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi:
- Selasa – Sabtu: 11.30 am – 10.00 pm
- Isnin: 11.30 am – 10.30 pm
- Ahad: 10.00 am – 10.00 pm
2. SOI 55 Thai Kitchen, SS 15
Kedai ini juga sangat terkenal dengan hidangan Thai seperti tomyam, pulut mangga, kerabu mangga dan banyak lagi. Hidangan tomyam di kedai ini bersaiz besar dan membolehkan pelanggan berkongsi dua orang bagi satu hidangan.
Tambahan pula, kedai ini menghidangkan tomyam dengan isi makanan laut yang segar di dalamnya dan harga menu tersebut adalah sangat berpatutan. Ramai pelanggan memberikan ulasan yang positif untuk kedai tomyam di Subang Jaya ini.
Jadi, jika anda mencari kedai tomyam yang mempunyai banyak lagi pilihan makanan Thai, mari datang ke SOI 55 Thai Kitchen (SS15).
Alamat: 62, Jalan SS 15/4c, SS 15, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waktu operasi: Isnin – Ahad (12.00 pm – 9.30 pm)
3. Restoran Desa Tomyam & Seafood, SS19
Dibuka setiap hari kecuali pada hari Ahad pada pukul 3.00 pm hingga 11.30 pm. Restoran ini menyajikan menu ala Thai dan merupakan tempat yang sesuai untuk makan bersama keluarga.
Dengan rating 4.1 di Google, kedai ini menerima banyak ulasan positif. Namun, hidangan tomyam di kedai di Subang Jaya ini sering mendapat pujian dengan rasanya yang sedap dan pedas. Menu lain juga sering mendapat pujian daripada pelanggan.
Alamat: No. 16, Jalan SS 19/1d, SS 19, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waktu operasi: Isnin – Sabtu (3.00 pm – 11.30 pm), Ahad (tutup)
Baca juga: Jom Food Hunting Ke 13 Kedai Makan Famous Di Kelantan Ini, Sedap-Sedap ‘Belako’!
4. Mr Tuk Tuk, Sunway Pyramid
Terletak di dalam pusat beli belah Sunway Pyramid yang dibuka mengikut waktu operasi pusat beli belah tersebut iaitu setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.
Semestinya menu yang paling popular ialah tomyam dan pulut mangga di kedai ini. Menu lain yang sering dipesan oleh pelanggan juga adalah seperti nasi goreng tomyam dan nasi goreng nenas. Kedai ini mendapat banyak ulasan yang positif dari pelanggan kerana keenakan semua hidangan di sini.
Alamat: Floor LG, Sunway Pyramid, 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 10.00 pm)
5. Tom Yam Mutiara, USJ 6
Kedai ini merupakan tumpuan utama bagi pelanggan yang ingin berjumpa dan meluangkan masa dengan rakan-rakan selepas dari waktu bekerja dan makan masakan tomyam di Subang Jaya.
Dengan rating 4.3, kedai tomyam ini juga mendapat banyak ulasan positif seperti harga hidangan yang sangat murah, servis yang baik dan cepat. Selain itu, hidangan di Tom Yam Mutiara ini juga sangat sedap dan mempunyai banyak pilihan untuk pelanggan.
Alamat: Jalan USJ 6/1, Usj 6, 47610 Subang Jaya, Selangor
Waktu operasi: Isnin – Ahad (7.00 am – 12.00 am)
6. Nita Tomyam, SS 19
Kedai Nita Tomyam dibuka setiap hari kecuali pada hari selasa dari pukul empat petang hingga 12 tengah malam. Kedai ini menyediakan menu masakan Melayu dan ala Thai untuk pelanggan yang datang.
Selain itu, kedai ini juga sesuai untuk hidangan keluarga kerana mempunyai menu seperti tomyam, telur dadar, sayur campur dan ikan siakap stim yang biasanya dipesan secara set.
Jika anda ingin membawa keluarga makan di restoran tetapi mempunyai bajet yang rendah, di sini adalah tempat yang sesuai. Anda boleh menikmati makanan yang sedap dengan harga berpatutan di Nita Tomyam.
Alamat: Jalan SS19/6, Ss 19, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waktu operasi: Rabu – Isnin (4.00 pm – 12.00 am), Selasa (tutup)
Dengan 6 pilihan tempat kedai tomyam di sekitar Subang Jaya, kami yakin anda akan memilih yang terbaik. Semua kedai ini menawarkan hidangan ala Thai tomyam yang sedap dan padu dengan harga yang berpatutan serta sajian yang berbaloi.
Sumber: Cari Destinasi
Baca juga: 10 Kedai Makan Famous Di Ipoh Yang Wajib Anda Cuba