telur mata

Jika tiada idea nak masak apa, anda boleh cuba masakan simple seperti telur mata sambal hijau ini.

Menu ini juga sesuai untuk mereka yang nak jimat sementara tunggu hari gaji. Ada satu lauk ini pun dah cukup, makan pula dengan nasi panas-panas.

Resipi perkongsian oleh Puan Cheyah Saripuddin ini juga boleh dikatakan paling senang pada abad ini. Sekejap saja dah siap masak.

Baca juga: Resipi Telur Rebus Goreng Balado, Sesuai Untuk Yang Nak Jimat Tapi Makan Sedap!

RESIPI TELUR MATA SAMBAL HIJAU

Bahan-bahan:

  • 15-20 biji cili padi hijau (ada cili besar boleh campur, nak pedas boleh tambah)
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji telur ayam
  • Secubit garam
  • Gula sedikit saja jika suka

Cara memasak:

1. Tumbuk semua bawang merah, bawang putih dan cili sehingga lumat kasar. Tak perlu lumat sangat.

2. Tumiskan dan biarkan ia sedikit garing.

3. Boleh masukkan garam bagi secukup rasa.

4. Letakkan gula jika suka.

5. Pecahkan telur. Pecah dalam bekas lain dahulu sebab takut telur busuk. Kalau pecah terus dalam masakan, rosak satu menu jika terkena telur busuk.

telur mata

6. Masak sehingga telur masak ikut cita rasa. Jika suka berkuah, boleh tambah sedikit air.

7. Masak half cooked jika suka. Pecahkan bahagian kuning bila nak makan, memang sedap meleleh-leleh.

telur mata

Kredit resipi dan gambar: Cheyah Saripuddin

Baca juga: Telur Pun Sedap Dibuat Rendang, Sesuai Makan Dengan Nasi Lemak!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN