telur gulung

Peminat drama Korea atau Jepun pasti pernah nampak beberapa babak dengan hidangan Telur Gulung yang kelihatan sungguh menyelerakan.

Telur Gulung juga disebut sebagai tamagoyaki dalam bahasa Jepun, bermaksud telur panggang yang dimasak dalam kuali rata atau frying pan.

Baru-baru ini, Wan N Wan M telah sudi kongsikan di Facebook tentang cara buat Telur Gulung dengan langkah demi langkah. Jom cuba!

Baca juga: Telur Dadar Ala Nasi Kandar, Garing Di Luar Lembut Di Dalam

RESIPI TELUR GULUNG

telur gulung

Bahan-bahan:

  • 6 biji telur (terpulang nak guna berapa dan saiz apa)
  • Bawang kecil merah
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Lobak merah
  • 2 biji cili api (nak bagi ada rasa pedas sikit)
  • Black pepper
  • Garam secukupnya

Cara-cara:

1. Hiris bawang kecil merah, daun bawang, daun sup dan cili api secara halus, serta sagat lobak merah, kemudian masukkan telur, garam dan black pepper.

2. Kacau secukupnya supaya sebati aja, tapi jangan kacau seperti buat telur dadar kerana takut kembang nanti.

3. Panaskan kuali non-stick dan letak minyak masak sedikit, kemudian tuang 1 senduk penuh bancuhan telur tadi. Jangan lupa untuk gunakan api dapur yang perlahan.

4. Setelah ia kelihatan seperti hampir masak, bolehlah gulung separuh seperti gambar di bawah.

5. Selepas itu, tarik telurnya ke belakang.

telur gulung

6. Pusingkan kuali seperti dalam gambar supaya kerja jadi lebih mudah dan pastikan telurnya tinggal sebegitu supaya boleh sambungkannya nanti.

telur gulung

7. Tuang 1 senduk lagi dan pastikan kena separuh bahagian telur yang belum digulung tu supaya dapat melekat elok sama-sama.

telur gulung

8. Rupanya akan jadi sama seperti di dalam gambar, kemudian biarkan masak sekejap.

telur gulung

9. Gulung lagi dan ulang proses gulung separuh seperti tadi.

telur gulung

telur gulung

10. Letak lagi telurnya dan ulang sampai habis adunan, kemudian boleh potong. Siap untuk dihidang!

telur gulung

Gaya gulungnya yang tersendiri membuatkan Telur Gulung ini mempunyai tekstur telur yang masih lembut dan sedikit cair pada lapisan dalamnya.

Selamat mencuba!

Sumber: Wan N Wan M

Baca juga: Tips Buat Telur Separuh Masak Yang Pasti Jadi, 7 Minit Siap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN