Categories: Resipi

Tauhu Sumbat Ayam Dengan Sambal Kicap Sempoi, Rasa Memang ‘Kick’ Habis!

Pantang nampak ada peniaga yang jual Tauhu Sumbat Ayam di pasar malam, mesti tertarik nak beli. Kali ini, kami nak ajak anda cuba buat dengan air tangan sendiri.

Rara Zabidin telah kongsikan resipi Tauhu Sumbat Ayam bersama sambal kicap yang menarik perhatian ramai di Facebook. Jom kita cuba!

Baca juga: Tips Simpan Tauhu Tahan Lama, Dah Lebih Seminggu Pun Masih Putih Bersih

RESIPI TAUHU SUMBAT AYAM

Bahan-bahan tauhu sumbat ayam:

  • ½ bungkus ayam kisar
  • 1 biji bawang besar (tumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk)
  • Sedikit serbuk lada hitam dan lada sulah
  • Daun sup dan daun bawang (agak-agak)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 biji telur
  • Minyak untuk goreng
  • 5 biji tauhu

Bahan-bahan sambal kicap:

  • Cili padi merah
  • Cili padi hijau
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Kicap manis
  • Kicap pekat
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Limau kasturi

Cara-cara menyediakan tauhu sumbat ayam:

1. Mula-mula, goreng dulu tauhu seketul demi seketul. Selepas goreng, tunggu sejuk dan potong dua, kemudian keluarkan isi tauhu (jangan sampai kulit belah luar terkoyak) dan hancur-hancurkan.

2. Bagi menyediakan inti tauhu, tumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau, kemudian masukkan ayam kisar dan biar sampai ayam agak masak.

3. Masukkan isi tauhu yang telah dihancurkan tadi, nak tambah lobak merah dan jagung pun boleh. Taburkan serbuk lada hitam dan lada sulah, perasakan dengan garam dan gula.

4. Kemudian, masukkan daun sup dan daun bawang.

5. Setelah siap bahan inti, sumbatkan inti dalam kulit tauhu tadi sehingga padat.

6. Celup tauhu yang telah disumbat tadi ke dalam telur dan goreng sekali lagi. Angkat dan toskan. Siap untuk dihidang!

Cara-cara menyediakan sambal kicap:

1. Mula-mula, goreng sekejap cili padi merah, cili padi hijau, bawang merah dan bawang putih sampai layu.

2. Kemudian, kisar bersama kicap manis, kicap pekat, garam, gula, perasa dan sedikit perahan limau kasturi. Siap untuk digunakan!

Jika anda nak Tauhu Sumbat Ayam nampak lebih menarik, boleh taburkan sedikit cili padi, daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan.

Jangan lupa buat sambal kicap sebagai pencicahnya supaya lebih sedap dan mantap. Buat dengan air tangan sendiri, mesti lebih puas hati.

Selamat mencuba!

Sumber: Rara Zabidin

Baca juga: Tauhu Terbalik Mudah Dengan 5 Langkah, Idea Menarik Untuk Kunyah-Kunyah Di Rumah!

Aimi

Recent Posts

Resipi Nasi Goreng Tomyam Semudah ABC, Masak Sendiri Lagi Sedap Dari Kedai!

Sebut sahaja resepi nasi goreng tomyam tentunya anda membayangkan kelazatan nasi putih yang digoreng bersama…

8 hours ago

5 Jenis Santan Kotak Dan Kegunaannya, Kena Tahu Mana Yang Sesuai Untuk Masak Lebih Sedap

Paling dilema apabila beli santan kotak di kedai. Bukan apa, takut salah beli saja. Sebenarnya,…

9 hours ago

Cara Buat Cheesekut Guna Blender, Tak Banyak Bahan Tapi Penuh Berkrim!

Banyak resipi pencuci mulut yang mudah dibuat tanpa perlu bakar atau kukus. Kali ini, kami…

10 hours ago

Resipi Kek Batik Magnum Yang Unik, Bila Gigit Terasa Salutan Coklat Rangup!

Kek batik merupakan pencuci mulut yang sentiasa jadi pilihan ramai kerana ia mudah dibuat dan…

11 hours ago

Kulat Sisir Masak Lemak, Lauk Idaman Buat Yang Suka Makan Pedas!

Kulat sisir masak lemak merupakan hidangan klasik yang tidak pernah mengecewakan dan kali ini kita…

11 hours ago

Telur Puyuh Masam Manis, Menu Simple Tapi Suami Minta Tiap Hari!

Telur puyuh masam manis adalah hidangan ringkas yang mampu memikat selera dengan rasa manis, masam…

11 hours ago