Categories: Resipi

Cara Mudah Buat Tapai Ubi Goreng Tepung Rangup, Hidang Waktu Masih Panas Terus Licin Pinggan!

Tapai ubi goreng tepung antara kuih tradisional yang masih digemari ramai, terutama di negeri Pantai Timur. Rasanya manis-manis lemak dengan aroma tapai yang wangi memang buat orang susah nak berhenti makan.

Teksturnya pula rangup di luar dan lembut di dalam. Cukup sempurna untuk dijadikan snek petang bersama secawan teh panas. Lagi nikmat kalau dimakan masa baru keluar dari kuali, panas-panas!

Tepung untuk menggoreng tapai ubi ini dibuat daripada campuran kelapa parut, bijan, sedikit air kapur dan bahan-bahan lain yang menjadikan hasilnya rangup serta wangi. Resipinya pun mudah, sesiapa pun boleh cuba buat di rumah. Dijamin sedap dan confirm habis licin!

Baca juga: Rahsia Buat Pisang Goreng Rangup & Banyak Serdak, Rupanya Kena Letak ‘Ais’ Dalam Bancuhan!

RESIPI TAPAI UBI GORENG TEPUNG RANGUP

Bahan-bahan:

  • Setengah peket tepung beras
  • Segenggam kelapa parut
  • 1 biji telur
  • Setengah sudu makan air kapur jernih
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Air secukupnya
  • Sedikit gula dan garam
  • 2 sudu makan bijan putih
  • Sedikit serbuk penaik

Cara memasak:

  1. Campurkan semua bahan dalam satu bekas. Kacau hingga sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair dan jangan terlalu pekat.
  2. Panaskan minyak dengan api sederhana.
  3. Goreng adunan sehingga kekuningan. Tepung goreng akan rangup di luar dan lembut di dalam.
  4. Angkat dan hidangkan panas-panas.

Sumber: Syawaney Hamdan

Baca juga: Resipi Keledek Goreng Rangup, Sama Sedap Macam Orang Jual!

Wan N

Recent Posts

Resipi Puding Strawberi Coklat, Ada Dua ‘Filling’ Dalam Satu Puding Yang Buat Ramai Tertarik!

Puding strawberi coklat antara pilihan pencuci mulut yang boleh dicuba jika ingin menyediakan sesuatu yang…

16 hours ago

Ada Lebihan Sayur Dalam Peti Ais? Cuba Resipi Sayur Goreng Campur Bebola Daging Ini!

Sayur goreng campur boleh dijadikan pilihan untuk melengkapkan hidangan harian, terutama apabila terdapat lebihan sayur…

18 hours ago

Tips Simpan Santan Segar, Rupanya Boleh Tahan 2 Hingga 3 Hari Tanpa Beku!

Sebenarnya, ada beberapa tips simpan santan segar yang boleh dicuba supaya bahan ini tidak cepat…

19 hours ago

Resipi Sayur Tauge Kicap Cair 5 Bahan, Tips Kena Tumis Sekejap Saja Supaya Kekal Rangup!

Resepi sayur tauge kicap cair ini sesuai untuk mereka yang mencari menu sayur ringkas dan…

19 hours ago

Tak Perlu Mixer, Ini Resepi Kek Pisang Gebu Guna Blender Yang Sesuai Untuk Minum Petang

Ada pisang masak di rumah? Jangan biarkan sampai terlebih masak, apa kata cuba resepi kek…

19 hours ago

Resipi Kaswi Gula Melaka Yang Lembut Dan Kenyal, Penggemar Kuih Tradisional Wajib Cuba!

Kuih kaswi gula melaka merupakan antara kuih tradisional yang digemari kerana rasanya yang manis dan…

21 hours ago