resepi cekodok pisang simple

Kalau anda sedang mencari resepi cekodok pisang simple tapi hasilnya gebu dan sedap, artikel ini istimewa untuk anda!

Ada sesetengah orang, setiap kali buat cekodok pasti hasilnya mesti leper, berminyak dan tak kembung langsung.

Tapi selepas cuba resipi ini, cucur dijamin akan kembung cantik, tak leper dan yang paling menarik, dah sejuk pun masih lembut dan sedap dimakan.

Hanya dengan beberapa bahan asas dan tanpa serbuk penaik, anda boleh hasilkan cucur yang rangup di luar, isi dalamnya lembut dan penuh rasa pisang.

Baca juga: Tip Buat Cucur Jagung Yang Super Rangup, Rahsianya Jangan Bancuh Dengan ‘Air’!

RESEPI CEKODOK PISANG SIMPLE

resepi cekodok pisang simple

Bahan-bahan:

  • 4 cawan pisang ranum (sukat selepas dilenyek)
  • 3 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan gula (kurangkan jika pisang dah manis)
  • 1 sudu kecil garam

Cara-cara:

  1. Lenyek pisang ranum sehingga halus menggunakan garpu atau masher. Pastikan tiada ketulan besar untuk memastikan adunan sebati.
  2. Tambahkan tepung beras, gula dan garam ke dalam pisang yang telah dilenyek.Gaul rata hingga semuanya larut.
  3. Pastikan adunan tidak terlalu cair atau terlalu pekat, cukup bila boleh disudu dan masih memegang bentuk.
  4. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana. Pastikan minyak cukup panas sebelum mula menggoreng.
  5. Gunakan sudu atau jari untuk mengambil adunan dan jatuhkan perlahan ke dalam minyak panas.
  6. Jangan terlalu rapatkan supaya tidak melekat.
  7. Goreng sehingga keperangan dan garing di luar, sambil dibalik-balikkan untuk masak sekata di dalam.
  8. Angkat dan toskan minyak di atas tisu dapur.

Sumber: Faiza Jamaludin

Baca juga: Cucur Bilis Lagi Sedap Jika Tambah 2 Bahan Ini, Confirm Tak Cari Resipi Lain Dah!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN