sotong sumbat ikan

Sotong sumbat pulut atau ketupat sotong itu perkara biasa, tapi kalau taktik sotong sumbat ikan basung mentah? Ha, ini baru luar biasa dan pastinya buat ramai orang mengucap panjang!

Baru-baru ini, tular satu perkongsian daripada seorang pengguna laman sosial yang meluahkan rasa kecewa apabila terkena taktik sotong sumbat ikan oleh seorang peniaga di sebuah pasar di Kota Kinabalu, Sabah.

Niat hati nak masak hidangan laut yang segar untuk keluarga, alih-alih terkena pula taktik licik peniaga yang didakwa sengaja mahu mengaut keuntungan atas angin dengan cara kotor ini.

Baca juga: Wanita Terkejut Inti Karipap Dipenuhi Kulat Hijau, Katanya Dibeli Di Pasar Terkenal Pantai Timur?

Kesemua 7 Ekor Ada ‘Inti’, Bukti Taktik Sotong Sumbat Ikan Bukan Kebetulan

Menurut mangsa, kejadian berlaku apabila dia membeli satu kilogram sotong yang mengandungi tujuh ekor semuanya. Namun, alangkah terkejutnya dia apabila mahu membersihkan sotong-sotong tersebut di rumah.

“Saya beli 1kg bersamaan 7 ekor sotong minggu lepas dan setiap ekor sotong tersebut mengandungi dua ekor ikan basung yang saiznya hampir serupa di dalam,” katanya.

Kalau setakat seekor dua yang ada ikan di dalamnya, mungkin kita boleh bersangka baik yang sotong itu terlanjur “makan besar” sebelum ditangkap. Tetapi, apabila kesemua tujuh ekor sotong mempunyai ‘inti’ ikan basung yang sama saiz, ia jelas membuktikan taktik sotong sumbat ikan ini sengaja dilakukan.

sotong sumbat ikan

Pembeli berkenaan turut menegaskan bahawa amat sukar untuk mempercayai perkara tersebut sebagai satu kebetulan. Sebaliknya, ia kelihatan seperti sengaja dilakukan untuk menambah berat timbangan sotong tersebut, sekali gus memaksa pelanggan membayar harga yang lebih mahal.

Sambil meluahkan rasa geram dan melabel peniaga tersebut sebagai “penipu”, dia turut bertanyakan kepada warganet sama ada pernah berdepan dengan situasi yang sama ketika membeli hasil laut.

Netizen Mula Berwaspada, Gesa Pihak Berkuasa Ambil Tindakan

Hantaran tersebut telah menarik perhatian ramai warganet yang rata-ratanya mengecam tindakan tidak amanah peniaga berkenaan. Perniagaan sepatutnya dilakukan dengan jujur, bukannya dengan cara menipu timbangan yang jelas haram di sisi agama dan menyalahi undang-undang pengguna.

Sebagai pengguna yang bijak, jika anda terkena taktik kotor sebegini, jangan ragu-ragu untuk membuat aduan rasmi kepada pihak berkenaan supaya tindakan tegas dapat diambil terhadap peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Korang pula macam mana? Pernah tak terkena taktik ‘sotong sumbat ikan’ atau taktik pelik lain masa beli barang basah? Cuba kongsi cerita anda!

Sumber: Thread

Baca juga: RM26 Sebekas Tapi Tetap Jadi Rebutan, Nasi Ayam Jualan Ibu Neelofa Raih Pelbagai Reaksi Netizen

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN